SharpShooter Followers

Monday, July 12, 2010

Warga Emas terharu keprihatinan Kerajaan P.Pinang


Dari blog JKKK Sg Semilang

Majlis penghargaan Warga Emas Negeri Pulau Pinang telah di adakan di kawasan JKKK Sg.Semilang ,juru. Dan seramai 200 orang warga emas menerima wang penghargaan terus dari Ketua Menteri Pulau Pinang iaitu YAB Tuan Lim Guang Eng yang turun padang untuk bersama-sama warga emas di kawasan Sungai Semilang,Kuala Juru,Bagan Nyior,Kampung Sekolah,Bukit Kecil dan Kampung Tok Kangar.

Antara yang hadir dalam majlis itu adalah Timbalan Ketua menteri 2 YAB Prof. Dr P.Ramasamy ,Exco Pertanian YB Law Choo Kiang ,Penghulu Mukim serta ADUN Bukit Tengah Yb Tuan Ong Chin Wen sebagai tuan rumah majlis penghargaan warga emas yang telah di langsungkan semalam atau 11 Julai 2010 di Dataran Semilang,Juru..Jkkk Sg.Semilang turut berkerjasama dengan JKKK Kg.Sekolah bagi menjayakan majlis ini..

Bagi warga emas yang tidak dapat hadir ke majlis tersebut,Yb Ong Chin Wen dan penghulu mukim telah pergi ke rumah dan menyerahkan sendiri kepada warga emas yang uzur.

























UMNO cuba sabotaj program ini. Mereka tidak boleh terima hakikat umno kini adalah pembangkang di P.Pinang.
Namun begitu pihak JKKK Sg Semilang bertindak nekad untuk menjayakan program ini. Anda boleh baca di sini.
Syabas sharpshooter ucapkan kepada JKKK Sg Semilang dan JKKK Kg Sekolah yang bertungkus lumus menjayakan progam ini.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/