SharpShooter Followers

Wednesday, July 07, 2010

52 soalan Bala

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyediakan 52 soalan kepada detektif persendirian P Balasubramaniam berhubung maklumat kes pembunuhan model wanita Mongolia Altantuya Shaariibu empat tahun lepas.

“Ada sebanyak 52 soalan dengan beberapa soalan sampingan ” kata peguam Bala, Americk Sidhu, yang menerima soalan dari SPRM menerusi kurier di hotel penginapannya di London.

Balasubramaniam awalnya mahu mengadakan pertemuan bersemuka dengan pegawai SPRM di London tetapi rancangan itu dibatalkan suruhanjaya itu.

“Jawapan perlu dijawab dalam bentuk afidavit, ” katanya sambil menegaskan bahawa "jawapan-jawapan sedang disediakan .”

SPRM menghantar senarai soalan kepada Bala, pada Jumaat lepas. Pengarah Siasatan SPRM Mustafar Ali berkata soalan-soalan itu dikirim melalui kurier kepada Americk.

Katanya, Americk bersetuju memberi jawapan kepada SPRM secepat mungkin.

Sharpshooter :- Ini satu kes contoh....selepas ini tak payahlah susah payah macam YB Amirudin dan YB Shuhaimi pergi ke SPRM untuk di soal siasat.

Takut nanti kalau mati dikatakan bunuh diri pula macam mendiang Teoh Beng Hock.

Jadi kalau SPRM panggil untuk di soal siasat, tak payah pergi, minta SPRM hantar soalan gunakan POS LAJU...



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/