SharpShooter Followers

Wednesday, July 28, 2010

AMK sokong bajet RM15 juta

Kenyataan Media

Angkatan Muda Keadilan Malaysia

27 Julai 2010

Kerajaan Selangor Mengamal Urustadbir Telus dan Bertanggungjawaban

Angkatan Muda Keadilan (AMK), mengalu-alukan keputusan Kerajaan Negeri Selangor memperuntukan RM15 juta untuk mempertingkatkan sistem penyampaian maklumat.

Sekali lagi negeri Selangor telah membuktikan komitmen untuk mewujudkan urus tadbir yang telus, bertanggungjawaban demi menjamin hak untuk mengetahui (right to know) bagi semua rakyat Selangor.

Hak untuk mengetahui merupakan prinsip asas dan perlu wujud dalam sistem demokrasi bagi memastikan warganegara dapat menerima maklumat yang mencukupi, tepat dan berupaya membuat keputusan yang bijaksana dalam pilihanraya. Sudah dekat 53 tahun Malaysia merdeka, namun sistem pilihanraya masih dalam keadaan hiasan sahaja (window-dressing).

Media arus perdana termasuk televisyen, radio dan akhbar masih dimonopoli oleh UMNO/BN. Keadaan ini telah menyekat hak untuk mengetahui bagi orang awam. UMNO/BN tidak usah terlalu sensitif dengan keputusan kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor, malah tidak perlu membantah semata-mata untuk membantah.

Sekiranya UMNO/BN menghormati keputusan rakyat dalam pilihanraya umum ke-12, mengapa pula tarik balik Radio Selangor yang sebelumnya dibawah kerajaan negeri? Bagaiman pula dengan stesyen radio dan televisyen yang di bawah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Budaya dikembalikan hak kepada rakyat?

Ini jelas menunjukkan Kerajaan Persekutuan telah menafikan hak untuk mengetahui bagi rakyat.

AMK mengalu-alukan rakyat Selangor untuk memantau serta melibatkan diri secara aktif dalam urus tadbir negeri Selangor. Namun jangan terperangkap oleh kritikan pimpinan UMNO/BN yang bersifat hipokrit dan double standard dalam isu hak untuk mengetahui.

Sementara menguasai segala institusi penerangan, UMNO/BN pula menekan dan menghalang kerajaan Pakatan Rakyat Selangor untuk mempertahankan hak untuk mengetahui.

Oleh itu, AMK menyeru rakyat Selangor agar sentiasa melayari portal TVSelangor, Selangor Kini serta Akhbar Selangorkini dalam versi cetak untuk mengikuti perkembangan terkini di Selangor.

Selain itu, rakyat Selangor juga boleh membantu kerajaan negeri untuk menyebarkan maklumat yang tepat khasnya berkaitan dengan dasar-dasar kebajikan serta urus tadbir yang baik.


Lee Khai Loon

Ketua Penerangan

Angkatan Muda Keadilan Malaysia

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/