SharpShooter Followers

Monday, July 19, 2010

SeNATAK eZAM selar NIk Aziz

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bukanlah pemimpin yang layak untuk menyelesaikan isu perpaduan Melayu serta persoalan agama dan politik negara kerana beliau bukannya ‘pemimpin berjiwa besar’.

Bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Senator Ezam Mohd. Noor berkata, ini kerana Nik Abdul Aziz sering memperalatkan agama untuk mengekalkan kuasa politiknya seperti yang dilakukannya ketika Pilihan Raya Umum 2004.

Jelas Ezam, untuk mempertahankan kedudukannya sebagai menteri besar, Nik Aziz pada ketika itu sanggup mewujudkan konsep ‘sumpah, cerai dan talak’ di kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas di Kelantan semata-mata mengelakkan mereka keluar dari parti itu.

“Kita jangan lupa tahun 2004 bila Pas menang satu kerusi lebih dari Barisan Nasional (BN) di Kelantan, Nik Abdul Aziz telah mewujudkan konsep tersebut (sumpah, cerai dan talak) dan semua ADUN Pas diminta bersumpah tidak melompat.

“Ia membuktikan bahawa dia (Nik Abdul Aziz) telah meletakkan politik di atas persoalan besar melebihi agama, bangsa dan negara,’’ katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan majlis pelancaran dan memperkenalkan Persatuan Kebajikan Insan Mulia (PKIM) di Jelutong di sini hari ini.

Ezam mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz semalam yang bersetuju berjumpa dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selagi perbincangan itu tidak menjurus kepada perpaduan di antara Pas dan UMNO.

Sebaliknya Nik Abdul Aziz mahu pertemuan tersebut memberi fokus terhadap rundingan pemberian royalti minyak kepada negeri itu.

Kata Ezam, beliau tidak terkejut Nik Abdul Aziz berbuat demikian kerana yang menjadi keutamaan bagi Menteri Besar Kelantan itu adalah politik dan kuasa sehinggakan agama sendiri sanggup diperalatkan.

“Sebab itu saya seru, kita tinggalkan Nik Abdul Aziz sebab kita perlukan seorang negarawan dan ahli politik yang berjiwa besar untuk menyelesaikan masalah besar seperti pertelingkahan orang Melayu dan Islam kerana beliau bukan dari kalangan itu,” kata beliau lagi.

Menurut Ezam, keengganan Nik Abdul Aziz membincangkan isu yang lebih besar seperti perpaduan Melayu dan persoalan agama adalah disebabkan ia tidak membawa apa-apa kepentingan kepada percaturan politiknya sendiri.

Sharpshooter :- SeNATAK eZAM tu layakkah bincang soal Islam dan Melayu?



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/