Ketua Menteri Pulau Pinang mengumumkan kepada pihak media bahawa satu jawantankuasa siasatan yang diketuai YB Law Choo Kiang telah ditubuhkan. Tujuan jawantankuasa itu adalah untuk menyiasat tuduhan mengenai lombong pasir di Jalan Tasek, Valdor.
Manakala, pada 16hb Julai,2010 KM Lim telah membongkarkan tuduhan palsu di sebuah akbhar. Mengikut laporan akhbar itu, satu lombong pasir haram dijalankan di tapak politeknik di Balik Pulau dan pihak pembangkang menuduh kerajaan PR terhadap aktiviti haram itu.
KM Lim menasihati pihak pembangkang, terutamanya Adun Pulau Betong jangan menuding jari kerana empat jari akan tuding balik. Beliau memberitahu pihak media tanah yang tersebut sebenarnya hakmilik kerajaan pusat dan bukan kerajaan negeri atau pihak swasta.
Walaubagaimana pun, Rabu minggu lalu hasil keputusan siasatan samada lombong pasir di Jalan Tasek Valdor haram atau sebaliknya, tidak dapat diumumkan kerana memerlukan sedikit lagi maklumat tambahan. Kemungkinan besar akan diumum esok (Rabu).
From FB YB Sim Tze Tzin, Penang Public Account Committee swing into action today to begin investigation into Illegal Sand Mining Activities in Balik Pulau. The team was led by YB Jagdeep Singh and YB Sim Tze Tzin including officers from District Office, Federal officers, and large group of reporters.
PAC is very serious in finding the truth behind all illegal sand mining activities and would recommend stronger check on these activities to the State Government.

Pada 2 Ogos, PAC akan memanggil semua saksi-saksi yang terlibat dalam isu lombong pasir ini ke KOMTAR untuk siasatan.
PAC terdiri dari 5 Wakil Rakyat Pakatan Rakyat dan 3 Wakil Rakyat BN iaitu :-
1) YB Jagdeep Singh (Pengerusi) Adun Datok Keramat (DAP)
2) YB Sim Tze Tzin (Timbalan) Adun Pantai Jerjak (Keadilan)
3) YB Maktar Shapee Adun Sg Bakap (Keadilan)
4) YB Ustaz Salleh Man Adun Permatang Pasir (PAS)
5) YB Koey Teng Hai Adun Pulau Tikus (DAP)
6) YB Syed Amerruddin Adun Bayan Lepas (UMNO)
7) YB Ariff Shah Adun Seberang Jaya (UMNO)
8) YB Dr Hilmi Yahaya Adun Teluk Bahang (UMNO)
YB Farid Adun Pulau Betong adalah pengadu dalam kes ini, sebab itu beliau tidak berada dalam jawatankuasa ini.
Malaysiakini - Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) Pulau Pinang menemui bukti bahawa kegiatan pencurian pasir berlaku di negeri itu dalam satu lawatan lapangan berkenaan hari ini.
Sebanyak lima kawah pasir, setiap satunya dianggarkan seluas padang bola sepak ditemui di lokasi tersebut, di Balik Pulau, yang didakwa berlakunya kegiatan kecurian pasir.
Seorang wakil penduduk Mohamad Kaharudin Ihsan Abdul Rahman berkata, kawah berkenaan adalah hasil daripada kegiatan perlombongan itu yang didakwa berlaku sejak enam bulan lalu.
Bagaimanapun, tinjauan ke lokasi berkenaan di Kampung Kenanga hari ini tidak menemui sebarang tanda-tanda kegiatan perlombongan haram dan hanya kelihatan adalah beberapa ekor lembu yang sedang meragut.
Menurut Mohamad Kaharudin Ihsan yang juga tinggal di kawasan tersebut, aktiviti perlombongan biasanya dibuat sekitar jam 2 hingga 3 pagi, namun mereka tidak mengetahui siapa individu terlibat.
Aktiviti perlombongan itu berhenti selepas laluan masuk ke tanah milik kerajaan persekutuan seluas 34 hektar di Titi Teras itu ditutup, rentetan daripada satu laporan polis yang dibuat, kata pekerja hotel itu lagi.
Mohamad Kaharudin Ihsan hadir ke kawasan berkenaan untuk menemani pengerusi PAC Jagdeep Sing Deo, yang juga ADUN Dato Keramat, yang melawat tapak tersebut pada jam 10 pagi ini.
Wakil rakyat dan anggota PAC lain yang turut menyertai tinjauan hari ini termasuk Sim Tze Sin, Koay Teng Hai dan Syed Ameruddin Syed Ahmad.
Kawasan berkenaan dahulunya adalah milik hartawan Loh Boon Siew.

Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/