SharpShooter Followers

Thursday, July 29, 2010

Sahabat-sahabat Arwah Mohd Sabri dijemput ke Majlis Tahlil dan Kesyukuran

Hari ini 29 Julai 2010 jam 9:52:26 am, sharpshooter terima sms dari h/p Arwah Mohd Sabri bin Mat Salleh.

" Assalamualaikum, djemput ke majlis tahlil & kenduri kesyukuran di rumah Jarak Atas pd 1/8 (Ahad), jam 10pg - 3ptg. Kehadiran dialukan. Wassalam - sebarkan pd semua kwn arwah Sabri "

Allahyarham Mohd Sabri bin Mat Salleh telah kembali ke Rahmatullah pada 10 Nov 2007 ketika perhimpunan BERSIH diadakan di Kuala Lumpur. Berita lanjut di sini.

Sehubungan dengan itu, sharpshooter menyampaikan hajat Isteri Allahyarham Mohd Sabri dengan menjemput semua sahabat-sahabat arwah untuk ke rumah Ibunya di Jarak Atas, Tasek Gelugor.

Marilah kita berdoa semoga arwah Mohd Sabri dan juga reformis serta pejuang-pejuang fisabilillah... ditempatkan bersama-sama orang beriman...Amin..Al-Fatihah..





Allahyarham Mohd Sabri meninggalkan seorang isteri dan tiga orang anak sama seperti Allahyarham Hasmuzair yang juga meninggalkan seorang Isteri dan tiga orang anak.

InsyaAllah dalam minggu ini sharpshooter akan bertemu dengan tuan rumah sewa Allahyarham Hasmuzair di Balik Pulau untuk mendapat butiran lanjut dan banyak surat-surat Allahyarham Hasmuzair ada bersamanya.


Berita lanjut akan menyusul tentang Allahyarham Hasmuzair.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/