SharpShooter Followers

Thursday, July 29, 2010

Saiful akan bersumpah kali kedua....?

“Semoga segala fitnah dan kebatilan akan dilenyapkan
oleh Yang Hak! Akan terus berdoa, istiqamah dan sabar. Tidak sesekali akan melatah dan menyerah kalah. Salam”.

Ringkas saja tulisan Saiful Bukhari Azlan di laman facebooknya Rabu ketika berita pengumuman Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail mengenai pengguguran Timbalan Pendakwa Raya Farah Azlina Latif dari pasukan pendakwa kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim disiar meluas di media.

Tulisan terbaru itu dipercayai merujuk kepada dakwaan beliau ada hubungan romantis dengan Farah memandangkan tulisan terakhir Saiful di laman itu ialah pada 19 Julai lalu.

Ada rakan facebooknya bertanya mengenai hal itu manakala ada yang terus memberi kata-kata semangat padanya.- 28/7/2010 - Agenda Daily

Sharpshooter :- Takkan nak berdoa saja kot Saiful...buat la sumpah laknat kedua pula...ini tuduhan berat ni...ada yang tuduh kamu telah berzina...

Bukankah anda seorang yang wara'....kuat beribadat...berani kerana benar...takut kerana salah....


Bersumpahlah sekali lagi Saiful...kalau boleh kamu bersumpah setiap malam macam Abang kamu Raja Sesumpah Senatak Sekotak Ezam penasihat kamu tu...

Orang UMNO pasti percaya kamu jika kamu bersumpah laknat kali kedua atau tiap-tiap malam kamu bersumpah, round 1 Malaysia 1 Israel....

Bolehkan Saiful...bersumpahlah....


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/