Mereka adalah dua dari PKR Goh Choon Aik dan Johari Kassim dan tiga lagi dari DAP iaitu Soon Lip Chee, Oon Neow Aun dan Loh Joo Huat.
Pengurus projeknya, Kamaruddin Harun berkata, keputusan siasatan kerajaan negeri baru-baru ini yang mengesahkan operasi perlombongan pasir di kawasan itu dijalankan secara sah membuktikan kenyataan ahli MPSP terbabit sebelum ini adalah tidak benar.
''Kenyataan ahli MPSP terbabit mendatangkan pelbagai implikasi negatif malah tindakan MPSP menyita tapak projek menyebabkan kami menanggung kerugian kira-kira RM200,000 kerana tidak dapat beroperasi sehingga kini.
''Pihak syarikat sudah melantik peguam dan sedang meneliti bukti-bukti bagi mengukuhkan dakwaan. Buat masa ini kita sedang menimbang untuk menyaman mereka sekurang-kurangnya RM5 juta,'' katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Lima ahli MPSP diketuai oleh Goh Choon Aik yang meninjau tapak projek berkenaan sebelum ini telah mendakwa syarikat tersebut yang mengusahakan perlombongan serta aktiviti mencuci pasir di situ sejak Julai 2008 telah beroperasi secara haram.
Jawatankuasa penyiasat yang diwujudkan kerajaan negeri baru-baru ini bagaimanapun mengumumkan operasi mencuci pasir di kawasan berkenaan tidak melanggar syarat MPSP seperti yang didakwa.
Sementara itu, Kamaruddin memberitahu, pihaknya juga menimbang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Pejabat Tanah dan Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) berhubung permohonan mengeluarkan tanah dari kawasan yang diwartakan sebagai tanah bukit.
Beliau berkata, kenyataan pejabat tersebut yang mendakwa syarikatnya tidak mendapat kelulusan menjalankan kerja-kerja di kawasan terbabit menggambarkan seolah-olah pihaknya tidak membuat sebarang permohonan sebelum ini.
''Kami ada membuat permohonan pada April 2008 tetapi sehingga kini tiada maklum balas diterima sama ada permohonan itu diluluskan atau sebaliknya, sedangkan proses (permohonan) sepatutnya memakan masa hanya lapan minggu.
''Kalau ini mahu dijadikan isu untuk meletakkan kesalahan kepada kami, pihak pejabat tanah perlu menjelaskan kewujudan aktiviti penternakan babi bersebelahan tanah kami yang turut tertakluk dengan Akta Tanah Bukit 1960 tetapi dibiarkan beroperasi,'' ujarnya lagi.
Dalam hal ini jelas beliau, pihak pentadbir tanah daerah itu tidak wajar bersikap pilih bulu dengan mengambil tindakan kepada syarikat tertentu sahaja tetapi pada masa sama membiarkan pihak lain melanggar peraturan yang ditetapkan.
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/