SharpShooter Followers

Friday, July 30, 2010

Sejuta tiada hal...esok bayar....

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek terkejut apabila dimaklumkan pendakwaan terhadap bekas Menteri Pengangkutan dan bekas presiden parti itu Tun Dr Ling Liong Sik di Mahkamah Sesyen Putrajaya hari ini.

Bagaimanapun, Chua berkata beliau dan pemimpin MCA yang lain yakin Ling akan mendapat perbicaraan yang adil mengikut sistem perundangan di negara ini.

Chua (gambar) hanya mengetahui berita itu ketika pemberita memintanya mengulas mengenai perkara berkenaan.

“Bila?... selain daripada beliau (Ling), siapa lagi (yang didakwa)?” tanya Chua kepada pemberita yang menemuinya selepas beliau melawat Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Poi Lam di sini hari ini.

Ling, 67, hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen, Putrajaya atas tuduhan menipu Kerajaan Malaysia dengan memperdaya Jemaah Menteri berhubung pembelian tanah untuk projek Mega Distribution Hub di Pelabuhan Klang.

Beliau yang memegang jawatan Menteri Pengangkutan selama 14 tahun dari Jan 1986 hingga Mei 2000 mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan utama dan satu pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 418 dan Seksyen 417 Kanun Keseksaan.

Hakim Suzana Hussin membenarkan ikat jamin sebanyak RM1 juta dengan seorang penjamin.

Ling merupakan individu kelima dan berkedudukan tinggi yang didakwa berhubung skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Sementara itu di Kuala Lumpur, bekas Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Kiat berkata kes pendakwaan Ling tidak akan menjejaskan proses pemulihan dalam parti MCA.

Ong yang juga bekas Menteri Pengangkutan berkata adalah tidak adil untuk mengaitkan apa yang berlaku ke atas Ling, yang menjadi Presiden MCA sejak 1986 hingga 2003, dengan parti itu sekarang.

“Rakyat ingin tahu hasil penyiasatan pihak SPRM dan polis. Ini adalah kepentingan umum,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Persidangan Undang-undang Malaysia ke-15 anjuran Majlis Peguam hari ini



Bekas menteri pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen Putrajaya atas tuduhan menipu kerajaan Malaysia dengan memperdaya Jemaah Menteri berhubung pembelian tanah untuk projek ”Mega Distribution Hub” di Pelabuhan Klang.

Ling, 67, juga adalah bekas presiden MCA.

Beliau tiba di mahkamah pada jam 4.45 petang dengan ditemani isterinya, Toh Puan Ena Ling serta dua anak lelakinya.

Ling kemudian mengambil tempatnya di kandang tertuduh.

Beliau adalah presiden MCA yang kedua dihadapkan ke mahkamah selepas Tan Koon Swan.

Ling didakwa menipu kerajaan sekitar 25 September 2002 dan 6 November 2002 dengan memperdayakan jemaah menteri untuk memberikan persetujuan pembelian tanah di Pulau Indah untuk projek Mega Distribution Hub di Pelabuhan Kelang.

Dia juga didakwa dengan curang menyembunyikan fakta berhubung penilaian Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Kementerian Kewangan ke atas tanah seluas 43,538,200 kaki persegi yang dicadangkannya.

Ling yang memegang jawatan Menteri Pengangkutan selama 14 tahun dari Januari 1986 hingga Mei 2000, didakwa atas satu pertuduhan utama mengikut Seksyen 418 Kanun Keseksaan dan satu pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 417 kanun yang sama.

Seksyen 418 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Manakala pertuduhan alternatif mengikut Seksyen 417, Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman lebih ringan iaitu penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan membayar ikat jamin RM1 juta dengan seorang penjamin.

Hakim Suzana Hussin kemudiannya menetapkan 3 September ini sebagai tarikh sebutan kes.

Ling kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis dan akan membayar wang ikat jaminnya di Mahkamah Sesyen, esok.

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail mengetuai pendakwaan dan dibantu oleh Ketua Bahagian Pendakwaan Datuk Tun Majid Tun Hamzah, Dzulkifli Ahmad dan Manoj Kurup, manakala Ling diwakili peguam Datuk RR Sethu.

Sebelum ini, desas desus seorang personaliti terkenal dijangka didakwa di Mahkamah Sesyen itu menyaksikan puluhan wartawan, termasuk agensi berita luar negara bekejar ke mahkamah sejak awal pagi ini.

Kebanyakan mereka berhimpun di lobi dan pintu masuk mahkamah manakala ada pula yang menunggu di kawasan sekitarnya.

Pada jam 4 petang, Abdul Gani dan tiga timbalan pendakwa raya, termasuk ketua pendakwa Datuk Tun Abdul Majid Hamzah, tiba di mahkamah tanpa bercakap kepada wartawan.

Dua yang lain itu adalah Manoj Kurup and Dzulkifli Ahmad.

Sebelum kehadiran mereka di mahkamah, sebuah kereta Proton Perdana hitam dilihat memasuki perkarangan mahkamah dengan seorang lelaki yang tidak dikenali.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/