SharpShooter Followers

Thursday, December 22, 2011

AL FATIHAH DAN SALAM TAKZIAH KEPADA RONASINA KARTUNIS



Takziah buat keluarga saudara
Ronasina Kartunis.
Harapnya saudara tabah dan redha,
serta masih kuat untuk perjuangan putri AnNur..


Semoga roh arwah ditempatkan dikalangan bidadari syurga...
Al-Fatihah..

Salah seorang anak kepada aktivis reformasi, Mohd Affandi Ramli dan Raja Rohaisham Raja Muhaiddin, meninggal dunia pagi tadi.

Annisa Afendi, 10 yang mengalami kecacatan cerebral palsy (CP), menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira jam 8.50 pagi di Hospital kajang.

Annisa dan adiknya An Nur sering dibawa kedua ibu bapanya, menyertai siri-siri demontrasi menuntut hak rakyat. Gambar diambil ketika demontrasi anti tol di Puchong sekitar 2007.

Sebelum ini, kempen Hope 2 Walk, dilancarkan bagi memberi peluang kepada Annisa dan adiknya, An-Nur Affandi, 8 menikmati kehidupan yang lebih baik seperti kanak-kanak lain.

Hope 2 Walk dilancarkan untuk mengumpul dana bagi pembiayaan perubatan An-Nur dan Annisa yang mengalami CP atau Mitochondrial Disease.

Pembiayaan perubatan itu adalah bagi menampung perbelanjaan anaknya di hospital di China dan pendidikan khas di United Kingdom.

Kempen itu, yang disebarkan secara meluas di laman maya seperti Facebook dan twitter, turut mendapat perhatian pimpinan Pakatan Rakyat.

Semalam, isteri kepada Menteri Besar Selangor, Puan Seri Salbiah Tunut turut mengambil kesempatan menziarahi kedua anak istimewa itu, sebelum Annisa kembali menemui pencipta Nya pagi ini.

Jenazah Annisa disolatkan di Masjid Jamek, Kajang dan dijangka dikebumikan selepas solat Zohor. Al Fatihah.


Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/