SharpShooter Followers

VIDEO CLIP PERTAMA JINGGA 13 YANG PALING POPULAR

Tuesday, December 06, 2011

Mamie @ShahrizatJalil wajib letak jawatan - Wanita Keadilan Penang

Kami kesal dengan penerangan cukup emosional yang dibuat oleh Ketua Wanita umno shahrizat jalil yang tidak menggambarkan keperibadian wanita Islam, apatah lagi dalam isu bersabit penyelewengan wang rakyat.

Mulanya beliau cuba mengheret keseluruhan wanita umno terjerumus ke dalam skandal keluarga beliau. Malangnya beliau nampaknya berjaya apabila pimpinan dan perwakilan wanita umno bersungguh-sungguh mempertahankan beliau dalam skandal ini.

Setelah sekian lama berdiam diri, beliau cuba pula menukar isu ini menjadi persolan peribadi dengan membuat pelbagai komen peribadi terhadap pimpinan Keadilan termasuk YB Saifudin Nasution, Rafizi Ramli dan YB Zuraidah Kamaruddin.

Wanita Keadilan P.Pinang melihat cubaan shahrizat yang mengaitkan kes perbicaraan Anwar Ibrahim dan mengheret Wan Azizah adalah suatu analogi yang tidak berkait dan berasas langsung.

Isunya ialah pendedahan yang dibuat oleh Ketua Audit Negara, bukannya Keadilan, bahawa projek ini kucar kacir dan tidak menepati sasaran kerana tiada kepakaran.

Isunya ialah pinjaman RM250 juta diberikan kepada keluarga beliau tanpa ada jadual pembayaran yang ketat yang akan mensia-siakan wang rakyat.

Isunya ialah beliau dan keluarga beliau menyalahgunakan wang rakyat untuk bermewah, termasuklah membeli dua kondo mewah dan membuka syarikat-syarikat milik peribadi dengan memindahkan wang yang sepatutnya membiayai industri daging negara.

Mengambil kesedaran dan kebertanggungjawaban ini, maka shahrizat seharusnya sedar bahawa beliau telah gagal melaksanakan tugasnya selaku Menteri dan seharusnya beliau segera meletak jawatan agar tidak terus menjadi liabiliti buat rakyat - Wanita Keadilan Penang.

Sharpshooter - pepatah dulu..sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga.. Pepatah kini..sebodoh-bodoh lembu akhirnya ke kondo mewah mamie ijat juga.. :-)