Siapa sangka seorang kanak-kanak berbangsa Cina pun mahu berkhatan.Malah, kanak-kanak itu langsung tidak menampakkan rasa gerun ketika menghadapi ‘cabaran’ khatan itu. Sebaliknya, dia sedia menunjukkan isyarat bagus selepas selesai dikhatankan oleh doktor.
Ng Jun Hau, tujuh tahun, anak Setiausaha Eksekutif Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), Cik Pauline Wong, adalah antara 39 kanak-kanak yang berkhatan beramai-ramai di Wisma Rozali di sini, kelmarin.
Mereka adalah anak-anak anggota Persatuan Kakitangan Bekalan Air Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (Peka), lapor akhbar Mingguan Metro, sambil memetik satu laporan agensi berita Bernama, semalam.
Jun Hau tidak menunjukkan rasa sakit dan turut menunjukkan tanda bagus kepada jurukamera yang mengambil gambarnya selepas selesai dikhatankan oleh Dr Shahrizal Azwan Samsudin.
Bapanya, Ng Wai Hoong, berkata beliau mengkhatankan anaknya kerana mengetahui kebaikan berkhatan daripada segi kebersihan dan kesihatan seseorang.
‘Saya mula memujuk anak saya supaya berkhatan Khamis lalu. Mula-mula dia takut tetapi lama-lama dia teruja untuk datang,’ katanya.
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
MetMalaysia: Hujan Berterusan Tahap Buruk Di Negeri Terengganu, Pahang Dan
Kelantan Hingga Sabtu
-
*PETALING JAYA:* Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) telah mengeluarkan
amaran hujan berterusan tahap buruk yang dijangka melanda beberapa negeri
di Semena...
5 hours ago