SharpShooter Followers

VIDEO CLIP PERTAMA JINGGA 13 YANG PALING POPULAR

Monday, December 12, 2011

Kak Ros... beg baru berapa harga pula?

Betapa bergemerlapan kilauan intan berlian cincin Rosmah yang bernilai RM24.4 juta hingga cerita mengenainya begitu sukar hendak dimalapkan.

Kini heboh pula mengenai koleksi beg tangan berjenama termasuk beberapa koleksi 'one of its kind in the world' yang menjadi milik suami Najib, Rosmah Mansor.

Kemewahan Rosmah berbelanja, pastinya dicemburui oleh Wanita Pertama Amerika Syarikat, Michelle Obama yang menadi isteri manusia paling berkuasa di atas muka bumi.

Antara jenama yang paling digemari Rosmah ialah daripada koleksi Birkin yang boleh mencecah hingga harga USD120,000 (kira-kira RM360,00). Malah ada beberapa daripada koleksi beliau merupakan 'hanya satu-satunya' yang terdapat di dunia!

Alahai, makcik-makcik di Felda, hangpa dapat apa dengan bermati-matian suami-isteri memberikan sokongan kepada parti Rosmah suami/isteri untuk terus kekal berkuasa.

Hermes Matte Crocodile Birkin Bag: $US120,000 (gambar kanan)

Dinamakan sempena nama seorang penyanyi dan penulis lirik Peranchis Jane Birkin, beg tangan yang ditunjukkan di sini, hanya dijual di rumah lelongan Doyle, di New York. Penutup beg selebar 30 sentimeter dihiasai 10 karat berlian putih manakala keseluruhan beg diperbuat dengan kulit buaya. Dan inilah satu-satunya beg yang terdapat di pasaran di seluruh dunia!

Dan kita tengoklah sendiri pelbagai beg tangan yang sentiasa berbeza ketika Rosmah menghadiri pelbagai majlis dan resepsi...

Rosmah menggayakan beg tangan Hermes Birkin Elephant Matte Crocodile yang ketika mula ditawarkan pada harga USD98,500 dan akhirnya mencecah lebih USD120K! Bergaya beb...

Kita perlu belajar bagaimana Rosmah mampu menabung sejak kecil untuk membeli cincin berlian RM24.4 juta dan pelbagai beg tangan yang jika dikumpul, mungkin mencecah jutaan Ringgit. Bijak Rosmah menabung...

Jom kita pakat-pakat kongsi di Facebook...



Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/