SharpShooter Followers

VIDEO CLIP PERTAMA JINGGA 13 YANG PALING POPULAR

Tuesday, December 06, 2011

Mana hilangnya suara katak pejuang Islam tulen @zulkiflinoordin @dzahrain @EzamNor bila chua soi lek hina Islam?

Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) menggesa Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung kenyataan beliau berkenaan dengan hukum hudud semalam.

Setiausah Agung ABIM Mohamad Raimi Ab Rahim berkata, oleh kerana ia bukan kali pertama beliau mengeluarkan kenyataan yang berbaur menghina hukum Islam, pihaknya mahu permohonan maaf secara terbuka dibuat kepada seluruh umat Islam di negara ini.

Semalam, Dr Chua dipetik berkata pelabur-pelabur akan meninggalkan Malaysia manakala negara akan berhadapan dengan ‘binasa diri’ jika hukum hudud dilaksanakan di Malaysia.

Beliau melahirkan pandangan terbaru ini ketika polemik mengenai sistem perundangan Islam itu masih berterusan. Dua bulan lalu ketika kepimpinan PAS merayu kepada umum agar diberi peluang untuk melaksanakan hudud di Kelantan sebagai percubaan, Umno pula berkata kini bukan masa yang sesuai untuk berbuat demikian.

Dr Chua berkata sistem perundangan itu tidak adil kepada semua pihak khususnya ke atas kaum wanita selain mengenakan hukuman-hukuman kejam yang jelas bercanggah dengan konvensyen antarabangsa.

Bekas menteri kesihatan ini meramalkan bahawa pasaran saham akan jatuh antara 10 hingga 20 peratus jika hukum hudud digubal dan ia juga akan memberi kesan ke atas kewangan pelabur-pelabur tempatan.

Hari ini, Perkasa dan Pemuda PAS juga mengeluarkan kenyataan mengecam Dr Chua.

“Abim juga menggesa tindakan serta peringatan tegas dikemukakan ke atas beliau untuk mengelakkan insiden-insiden ini daripada berulang kembali,” kata Mohamad Raimi dalam satu kenyataan.

Katanya, Abim mengecam kenyataan Dr Chua kerana telah memperlekehkan hukum hudud dan kenyataan biadap itu satu indikasi kepada perasaan kurang hormat beliau terhadap ajaran Islam itu sendiri.

“Di samping itu, Abim berpandangan kenyataan tersebut berniat jahat serta bersifat dangkal dan boleh mencetuskan ketegangan politik serta agama yang sama sekali tidak diingini.

“Ini memandangkan hukum hudud serta ajaran Islam secara keseluruhannya menghormati serta memartabatkan hak asasi manusia,” katanya lagi.

Mohamad Raimi juga berkata, kenyataan Dr Chua juga merupakan kesinambungan daripada sentimen Islamafobia yang berkembang pesat di seluruh dunia.

“Abim merasa amat kecewa di atas kegagalan beliau mendalami serta memahami Islam secara keseluruhannya, di samping kecewa di atas kegagalan pihak-pihak yang berkenaan untuk memberikan kefahaman yang sepatutnya kepada beliau,” katanya lagi.

Sharpshooter - Mana hilangnya suara katak pejuang melayu islam tulen zul noordin, katak zahrain, raja sesumpah ezam kepala kotak katak hitam dan lain-lain lagi?



Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/