SharpShooter Followers

Friday, December 30, 2011

Laporan SPRM terhadap penyelewengan Jamil Khir akan dibawa ke Agong baru..

JINGGA 13 hari ini mengambil tindakan drastik membuat laporan SPRM terhadap YB Dato Seri Jeneral (B) Senator Jamil Khir Baharom , Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang berportfolio menguruskan Hal Ehwal Agama Islam terhadap tindakan salah guna kuasa menggunakan wang zakat bagi tujuan yang bertentangan dengan hak pengeluaran wang zakat tetapi digunakan bagi tujuan untuk membayar kos guaman sejumlah RM63,650 sepertimana yang dilapurkan oleh Ketua Audit Negara dalam menghalang kes qazaf yang difailkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara , wang zakat itu dibayar kepada firma guaman Zainul Rijal Talha dan Amir bagi mewakili Dato Seri Jeneral (B) Jamil Khir Baharom, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali dan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin Hussain, sebagai responden.

JINGGA 13 meminta agar pihak SPRM menyiasat secara terperinci terhadap penyalahgunaan kuasa yang dilakukan Menteri yang menjaga hal ehwal agama Islam tersebut serta tindakan diambil tanpa prejudis berserta dua yang lain.

Walaupun penyalahgunaan wang zakat tersebut telah dibayar balik dengan menggunakan wang geran kerajaan tetapi secara nyata sepertimana laporan Ketua Audit Negara tersebut adalah membuktikan berlaku salah guna kuasa yang cukup nyata oleh Menteri Jabatan Perdana Menteri dan dua yang lain juga melanggar hukum Islam apabila tidak tersenarai sebagai asnaf yang melayakkan mereka menggunakan wang zakat.

JINGGA 13 menganggap tindakan Dato Seri Jeneral (B) Jamil Khir Baharom , Datuk Che Mat bin Che Ali dan En. Shamsuddin bin Hussain bukan sahaja melakukan salahguna kuasa tetapi dalam masa yang sama telah menzalimi dan mengkhianati golongan asnaf dengan tindakan kepentingan peribadi membiayai kos guaman sedangkan sangat mengetahui ianya adalah satu kesalahan.

JINGGA 13 juga MENDESAK agar Dato Seri Jeneral (B) Jamil Khir Baharom memohon maaf secara terbuka kepada seluruh umat Islam terhadap tindakan biadap dan tidak berakhlak temasuk Datuk Che Mat Che Ali serta Encik Shamsuddin Hussain yang telah menggunakan wang zakat demi kepentingan diri mereka dalam tempoh 48 jam.

Jika tidak JINGGA 13 akan membawa isu tersebut kepada DYMM Yang DiPertuan Agong yang merupakan Ketua Agama Islam terhadap salah laku mereka yang secara jelas menghina hukum Islam.

JINGGA 13 meminta agar pihak SPRM menyiasat secara terperinci terhadap penyalahgunaan kuasa yang dilakukan Menteri yang menjaga agama Islam berserta Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan .

Dato Seri Jeneral (B) Jamil Khir Baharom bukan  sahaja tidak layak menjadi menteri dalam mengurus hal ehwal agama tetapi  wajar MELETAKKAN jawatan andai beliau seorang yang berakhlak dan bermaruah termasuk Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan .

MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI

SAIFUDDIN SHAFI MUHAMMAD

Setiausaha Jingga 13

30 DISEMBER 201