SharpShooter Followers

Wednesday, December 07, 2011

SPR sahkan dakwat kekal pada PRU13...boleh percaya ke?

Dakwat kekal akan digunakan sepenuhnya dalam proses pengundian pada pilihan raya umum Kk-13 (PRU-13) yang dijangka diadakan tidak lama lagi, kata timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

Katanya, penggunaan dakwat kekal itu selaras dengan keputusan Dewan Rakyat yang meluluskan 10 cadangan dalam laporan awal yang dikemukakanoleh Jawatankuasa Pilihan Khas (PSC) berhubung pembaharuan sistem pilihan raya di negara ini yang dibentangkan awal bulan ini.

“Dakwat kekal akan digunakan pada PRU-13. Itu hasrat dan SPR hormati keputusan Parlimen tetapi banyak perkara perlu diambil tindakan sebab babitkan pindaan Peraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981.

“Menerusi undang-undang baru ini, orang yang datang mengundi perlu dicalit dakwat, baru dapat kertas undi. Dulu (PRU-12) tidak boleh laksana sebab tidak ada pindaan, sekarang tidak ada masalah kerana sudah dapat persetujuan semua pihak.

“Bagaimanapun, tindakan pentadbiran akan diambil terlebih dulu termasuk menyemak kandungan dakwat bagi mengelak bahan kimia terlarang serta meminta pandangan Majlis Fatwa sekali lagi,” kata Wan Ahmad dipetik Berita Harian hari ini.

Akhbar berkaitan Umno itu juga memetik beliau berkata SPR sedang mengambil langkah melaksanakan keputusan itu dengan kerjasama Jabatan Peguam Negara bagi mengelak sebarang pertikaian undang-undang pada masa depan.

azlanSelain penggunaan dakwat kekal, PSC juga membentangkan sembilan lagi cadangan dalam laporan awalnya yang diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 1 Disember lalu.

Ini termasuk pengundian awal, pengundi tidak hadir luar negara, pengundi luar kawasan, penukaran kawasan pendaftaran, pembersihan daftar pemilih dan pameran rang daftar pemilih tambahan, ketelusan proses mengundi, penambahbaikan proses pencalonan dan pengukuhan SPR.

Dakwat baru

Penggunaan dakwat kekal sepatutnya diperkenalkan pada pilihan raya umum Mac 2008, tetapi dibatalkan pada saat-saat terakhir.

Menurut SPR ketika itu, rancangan berkenaan dimansuhkan atas alasan mendapat nasihat daripada segi perundangan termasuk keperluan menggubal satu undang-undang yang membenarkan seorang pengundi yang tidak mahu kuku atau jari telunjuknya ditandakan dengan dakwat, diberikan kertas undi.

azlanBekas pengerusi SPR Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman pada satu wawancara dengan Malaysiakini pada Oktober lalu berkata beliau menganggap tekanan pihak berkuasa supaya penggunaan dakwat kekal dimansuhkan pada 2008 sebagai kegagalan terbesar dalam tempoh 26 tahun perkhidmatannya.

Malah, katanya, beliau juga menimbangkan kemungkinan meletakkan jawatan, tetapi dinasihatkan oleh banyak kawan-kawan yang rapat supaya tidak berbuat demikian bagi mengelakkan krisis perlembagaan.

Mengulas lanjut, Wan Ahmad juga dipetik oleh Berita Harian sebagai berkata, SPR akan membelanjakan kira-kira RM5 juta membeli dakwat baru kerana dakwat kekal yang sepatutnya digunakan pada PRU-12 2008 sudah dilupuskan selepas tamat tempoh.

Sharpshooter - SPR tidak boleh salahkan rakyat jika rakyat meragui kesediaan SPR menggunakan dakwat kekal... 2008 mengesahkan sebenarnya yang takut adalah pemimpin umporno b-end...rakyat juga tidak lupa alasan polis apco tahun 2008....akhirnya SPR tunduk dengan tekanan pemimpin umporno b-end apco...

Siapa percaya SPR adalah badan berkecuali dan bebas? Jawapan pak rashit terbukti SPR tidak bebas...

Jawapan "BODOH MACAM LEMBU" pemimpin umporno b-end yang sering kita dengar adalah "kalau SPR tidak bebas macamana 5 negeri boleh jatuh kepada pembangkang?" Alahai pemimpin umporno b-ed apco.....berilah jawapan yang cerdik sikit "CERDIK MACAM LEMBU MAMIE IJAT BOLEH DUDUK KONDO MEWAH"....hahahahaha...

Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/