SharpShooter Followers

Monday, December 12, 2011

@SaifulBukhari menipu di mahkamah

2.40 petang: Sankara percaya jeli pelincir KY yang dibawa ke dalam kes ini oleh polis adalah satu penipuan (hoax). Ia diperkenalkan agar konspirasi fitnah ini lebih tersusun memandangkan pemeriksaan klinikal mendapati tiada koyakan atau trauma pada dubur Saiful.

Justeru, jika kejadian liwat yang difitnah itu kononnya berlaku dengan bantuan pelincir, maka konspirasi fitnah ini akan kelihatan lebih masuk akal, kata Sankara.

2.28 petang: Sankara mempertikai kesaksian pegawai penyiasat, DSP Jude Pereira mengendalikan siasatan kes Fitnah II. Beliau memfokus kepada pengendalian barang bukti oleh Jude Pereira yang bercanggah dengan Arahan Tetap Ketua Polis Negara (IGSO).

Jude sebelum ini mengaku tidak mengendalikan barang bukti dengan teliti apabila menyimpan calitan putik kapas daripada tubuh Saiful pada suhu bilik dan bukan dalam peti sejuk

2.21 petang: Saiful juga menipu apabila mendakwa pintu kondominium tempat kejadian ditutup dan dikunci dengan rapat, kata Sankara. Menurutnya, jika benar ia dikunci rapat, siapakah yang menghidang kopi dan karipap yang didakwa dimakan Saiful dan Anwar selepas kejadian yang difitnah didakwa berlaku.

“Bagaimana karipap dan kopi boleh ada di dalam unit itu, jika benar pintu kondominium ditutup dan dikunci rapat seperti didakwa Saiful,” kata Sankara yang yakin Saiful mereka-reka cerita ‘luar biasa’ apabila mengaku mendapat nombor Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan sewaktu mencuri dengar perbualan Timbalan Perdana Menteri pada masa itu, Datuk Seri Najib Razak.

“Mustahil TPM tiada nombor Ketua Polis Negara,” kata Sankara.

2.11 petang: Mahkamah bersidang semula. Sankara menggulung hujah bagi pasukan peguam bela. Dalam penggulungannya, Sankara menyifatkan Saiful sebagai seorang penipu besar.

Beliau mengambil contoh pengakuan Saiful yang mendakwa beliau tidak diperiksa sepenuhnya oleh Dr Mohd Osman sedangkan keterangan Dr Osman menyatakan beliau memeriksa Saiful sepenuhnya

Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/