SKANDAL NFC : LAPORAN SPRM AGAR SIASATAN TERHADAP SALAH GUNA KUASA BEKAS MENTERI DAN MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI BERKAITAN PENYALURAN WANG SEBELUM PERJANJIAN DI BUAT DENGAN NFC
JINGGA 13 membuat aduan dan laporan rasmi kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar satu siasatan berkaitan isu Skandal NFC terhadap salah guna kuasa bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani , TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN ( 2004 – 2008 ) , DATUK MUSTAFA MOHAMED ( 2008-2009 ) dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani sekarang DATUK SERI NOH OMAR ( 2009 – sekarang ), berkaitan kenyataan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) , Datuk Seri Azmi Khalid .
Datuk Seri Azmi Khalid dalam kenyataannya menyatakan bahawa pegawai-pegawai Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang hadir pada perjumpaan PAC memberitahu wang dikeluarkan kepada satu akaun khas sejak 2008 hingga 2009. Sedangkan ianya memerlukan kelulusan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bagi disalurkan kepada akaun pengurusan syarikat tersebut . Malah perjanjian antara Kementerian Pertanian dan Asas Tani dan NFC hanya ditandatangani pada 2010.
JINGGA 13 menyelar tindakan yang dilakukan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta bekas menteri dan menteri bertanggungjawab kerana ianya adalah merupakan satu tindakan salah guna kuasa yang amat nyata apabila telah menyalurkan wang kepada akuan khas NFC sebelum perjanjian di buat sepertimana prosedur dan peraturan kewangan .
JINGGA 13 mempersoalkan bagaimana wang tersebut boleh dikeluarkan sejak 2008 hingga 2009, serta siapakah yang terlibat dalam melulus dan membenarkan penyaluran wang tersebut sebelum perjanjian dimeterai antara Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan NFC yang melibatkan sejumlah besar wang rakyat tanpa mengikut prosedur dan peraturan yang telah ditetapkan.
JINGGA 13 juga mempertikai dan mempersoalkan berkaitan penyaluran tersebut sebelum perjanjian di buat. Kenapa sangat istimewa? Adakah kerana NFC diterajui oleh Datuk Seri Dr Mohamad Ismail dan ahli keluarga yang tidak mempunyai kemahiran dan latar belakang dalam industri penternakan lembu atau kerana beliau ialah suami kepada Datuk Seri Shahrizat Jalil yang merupakan menteri kabinet dan Ketua Wanita UMNO? Adakah wujud campurtangan dan salah guna kuasa Datuk Seri Shahrizat Jalil dalam layanan istimewa yang melibatkan sejumlah besar wang rakyat?
JINGGA 13 mendesak agar satu siasatan dan tindakan oleh pihak SPRM wajar diambil tehadap Tan Sri Muhyiddin Yassin , Datuk Mustafa Mohamed dan Datuk Seri Noh Omar sekiranya mereka terlibat dengan tindakan penyaluran wang tersebut , malah siasatan yang telah dibuat oleh PAC adalah bukti nyata terhadap salah guna kuasa. Heret SEGERA penjenayah dan pengkhianat wang rakyat ke muka pengadilan dan dikenakan hukuman yang setimpal berdasarkan peruntukkan undang-undang yang telah ditetapkan .
MUAFAKAT * PRIHATIN * BERANI
FARIZ MUSA
Ketua Koordinator
Jingga 13
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
MetMalaysia: Hujan Berterusan Tahap Buruk Di Negeri Terengganu, Pahang Dan
Kelantan Hingga Sabtu
-
*PETALING JAYA:* Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) telah mengeluarkan
amaran hujan berterusan tahap buruk yang dijangka melanda beberapa negeri
di Semena...
5 hours ago