SharpShooter Followers

VIDEO CLIP PERTAMA JINGGA 13 YANG PALING POPULAR

Thursday, December 22, 2011

Teruja pertama kali dapat memilih sendiri bantuan baju sekolah di kedai


Seramai 140 murid dalam Kadun Bukit Tengah, menerima dua persalinan pakaian sekolah sumbangan Pusat Urus Zakat (PUZ).

Sumbangan berbentuk baucar itu disalurkan kepada ADUN kawasan Bukit Tengah, Ong Chin Wen.

Kesemua mereka ketika ditemui di Kedai Wahab, Bandar Perda, dekat sini, kelihatan teruja apabila berpeluang memilih sendiri pakaian sekolah baru, sambil ditemani ibu bapa.

Penerima, Nurul Suhaida Khairudin,9, berkata, ia merupakan kali pertama dia menerima sumbangan sedemikian dan berterima kasih kepada PUZ di atas pemberian itu.

"Sebelum ini, bapa perlu keluarkan belanja yang banyak setiap kali musim persekolahan.

"Tetapi, dengan sumbangan yang diterima kali ini dapat meringkankn beban bapa yang hanya bekerja sebagai pemandu lori," kata murid tahun tiga Sekolah Kebangsaan (SK) Jalan Baru itu.

Sementara itu, ADUN Bukit Tengah, Ong Chin berkata, bantuan tersebut adalah rutin tahunan PUZ dalam membantu keluarga kurang berkemampuan untuk memberi keperluan sekolah anak-anak mereka.

Menurutnya, secara keseluruhan seramai 280 penerima terpilih menerima bantuan tahun ini.

Beliau berkata, 140 menerima bantuan pakaian sekolah, sementara 140 lagi diberi beg dan alatan sekolah.

"Kita memberi tumpuan kepada murid sekolah rendah dari keluarga yang benar-benar memerlukan.

"Setiap daripada mereka diberi baucar RM140 dan mereka akan memilih sendiri pakaian di Kedai Wahab," katanya.

Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/