Memahami Perjuangan
Sebuah parti politik tidak mungkin kekal tanpa beberapa perkara. Pertama, prinsip, kedua organisasi dan ketiga pimpinan. Pertama berupaya menarik minat pendukung dan penyokongnya. Dari sudut organisasinya ia akan melahirkan penggerak dan aktivis parti yang asasnya ialah ketaatan. Manakala ketiga, dari sudut kepimpinan mewakili hiraki tertinggi yang akan membekalkan arahtuju perjalanan parti.
Melalui tiga komponen di atas, kita dapat mempelajari sesuatu yang amat penting iaitu, pemimpin akan datang dan pergi namun prinsip dan organisasi perjuangan akan terus kekal. Ini adalah pengajaran yang berkekalan sehingga ia menjadi satu kaedah yang sukar dicabar kebenarannya.
Dinamika Perjuangan
Ramai yang gagal memahami atau terlalu lembab untuk memahami bahawa perjuangan mempunyai dinamikanya tersendiri. Ia bukan sesuatu yang jumud dan beku sehingga gagal menepati kehendak dan tuntutan semasa. Ini adalah asas yang memberikan kehidupan kepada sesebuah parti yang mempunyai prinsip perjuangan.
Yang dikatakan kebijaksanaan kepimpinan ialah bagaimana ia mampu mengimbangi antara mengekalkan prinsip yang tidak akan berubah dan menepati kehendak semasa yang berubah-ubah. Ia bukan sesuatu yang boleh dilakukan oleh pemimpin yang berfikiran jumud yang gagal memahami apa erti keseimbangan ini dan seni-seni yang diperlukan.
Dinamika PAS
PAS bukan sebuah parti yang jumud, perkembangannya dan sejarah pencapaiannya menggambarkan ia senantiasa menepati kehendak semasa tanpa hilang prinsip yang diperjuangkan. Gamaknya orang seperti Hasan Ali gagal membaca sejarah dinamika PAS walaupun berdegar-degar berucap di atas pentas PAS.
Untuk pengetahuan mereka yang sekepala dengan Hasan Ali, PAS memulakan manifesto politiknya di awal 1950-an hingga 1960-an dengan menawarkan konsep negara kebajikan melalui slogan Baldatun Thaiyyibatun wa Rabbun Ghafur (petikan dari al quran). Asasnya ialah Adopt Islamic Principles, Restore Malay Sovereignity, Improve The Standard of Living, Practice True Democracy dan Promote Social Justice.
Apakah Hasan Ali tidak membaca sejarah PAS kerana sibuk "bermotivasi" bahawa Negara Berkebajikan sudah pun menjadi manifesto PAS sejak 1950-an lagi? Apa yang dikemukakan oleh PAS hari ini hanyalah penyegarannya mengikut tuntutan semasa.
Isu Negara Islam
Awal 1980-an menyaksikan kebangkitan gerakan Islam mempertegaskan ideologi ummah secara global. Penjelasan kerangka sebuah negara yang mahukan Islam sebagai asasnya diterjemahkan dalam bahasa yang mudah difahami iaitu negara Islam.
Perdebatan Negara Islam lebih kepada perbalahan intelektual yang asasnya ialah perbezaan pandangan antara isi dan format. Ia satu usaha untuk menggambarkan kesesuaian pemikiran kerangka negara yang ditawarkan oleh Islam.
Namun secara praktikalnya perdebatan negara Islam akhirnya dijurus kepada isu substantif (isi) dengan menawarkan nilai-nilai keadilan sosial, kemanusiaan sejagat dan prinsip moral kepemerintahan.
Sekali lagi Negara Berkebajikan diolah mengikut kesesuaian semasa dan perkembangan semasa. Persoalan negara Islam hanyalah transisi kepada isu substantif yang lebih inklusif sifatnya. Apa masalah Hasan Ali dan yang sama waktu dengannya tidak memahami dinamika ini? Bukankah makna Tajdid ialah mengembalikan keadaan yang berubah kepada bentuk asalnya dan kekal releven?
Siapa yang Tergelincir?
Ada pepatah Melayu mengatakan "tidak pandai menari, lantai dikatakan tidak rata". Pepatah ini membayangkan suka menyalahkan orang lain untuk menutup kelemahan sendiri. Samalah dengan Hasan Ali yang mendakwa PAS tergelincir dari landasan perjuangan sedangkan dia yang tidak memahami dinamika PAS hari ini.
Memang mudah menyalahkan orang lain daripada menyalahkan diri sendiri, namun ahli PAS lebih matang untuk menilai kenyataan Hasan Ali. Orang PAS akan bertanya balik, siapa yang tergelincir? PAS atau Hasan Ali?
Teruslah Bermotivasi
Selalunya apabila seseorang mula bercakap merapu kita akan berkata "teruslah anda bermimpi" tapi untuk Hasan Ali saya akan berkata "teruslah bermotivasi" walaupun ahli PAS dah menganggap ianya sesuatu yang basi. Kepada yang sama waktu dengan Hasan Ali, buatlah keputusan dan tanyalah kepada pakar motivasi anda bagaimana hendak cepat membuat pilihan.
Bukankah pakar motivasi selalu mengatakan bahwa segala-galanya bermula dengan membuat pilihan! Sekurang-kurangnya Hasan Ali dah menampakkan arah tuju keputusan dan pilihannya, saya mengharapkan telahan saya tidak betul.
*Mujahid Yusof Rawa adalah ahli parlimen Parit Buntar, merangkap Pengerusi Perpaduan Nasional PAS.
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
MetMalaysia: Hujan Berterusan Tahap Buruk Di Negeri Terengganu, Pahang Dan
Kelantan Hingga Sabtu
-
*PETALING JAYA:* Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) telah mengeluarkan
amaran hujan berterusan tahap buruk yang dijangka melanda beberapa negeri
di Semena...
5 hours ago