SharpShooter Followers

VIDEO CLIP PERTAMA JINGGA 13 YANG PALING POPULAR

Tuesday, December 27, 2011

Bagaimana Selesaikan Konflik Antara Agama? -Dr Mujahid

Jalan terbaik untuk menyelesaikan konflik membabitkan perbezaan pandangan antara agama adalah dialog bukannya keganasan.

Pengerusi Dialog Antara Agama Asia Tenggara, Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, ini kerana keganasan boleh mencetuskan keganasan yang lain.

Lagipun, jelasnya Islam tidak pernah mengajar umatnya menzahirkan sikap yang tidak lunak dengan agama lain seperti bersikap bongkak, melakukan keganasan dan pengeboman tempat ibadat yang menjadi simbolik sesuatu agama.

"Saya tetap tegaskan bahawa jalan terbaik atasi konflik antara agama ialah jalan dialog sebab dialog tidak mengundang permusuhan sebaliknya memberikan keamanan dan kesejahteraan pada semua kaum, agama dan bangsa," ujarnya ketika diminta mengulas pengeboman gereja di Nigeria, semalam.

Jelasnya, asas yang penting ialah melalui perundingan dan dialog untuk melahirkan sikap hormat menghormati antara satu sama lain apatah lagi perbuatan tersebut sengaja dilakukan pada sambutan Krismas.

Beliau juga menekan bahawa perbuatan itu satu kesalahan dalam Islam kerana ia melibatkan mangsa yang tidak berdosa serta melibatkan rumah ibadat yang menjadi lambang sesuatu agama.

Tambahnya, di dalam Islam pun semasa perang rumah ibadat tidak boleh disentuh apatah lagi melakukan perbuatan yang tidak bertamadun itu.

"Jangan jadikan rumah ibadat sebagai mangsa keganasan kerana sikap itu boleh mencerminkan kebiadapan umat Islam sedangkan dalam Islam tidak pernah menyuruh bertindak begitu," tegasnya yang juga Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat.

Sebelum ini, Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat, Datuk Kamaruddin Jaffar mengeluarkan kenyataan bersimpati dengan apa yang berlaku terhadap dua gereja iaitu St Teresa dan gereja Evengelical, Nigeria diserang oleh sekumpulan yang menamakan diri mereka 'Boko Haram'.

Dr Hj Mohd Hasyim semasa berucap di Majlis Dialog Antara Agama di Medan, Julai baru-baru ini..

Sementara itu, Dr Hj Mohd Hasyim, AJK Dialog Antara Agama Asia Tenggara, (SEA Council Of Intereligios Networking For Peace) bersetuju dengan sikap PAS bersama masyarakat antarabangsa mengutuk sekeras-kerasnya serangan pembunuhan ke atas penganut Kristian dan gereja-gereja di Nigeria sempena perayaan Krismas di negara itu baru-baru ini.

Setiausaha Agung Majlis Islam Britain Murad Farooq, dalam kenyataannya berkata bahawa orang Islam yang beriman tidak boleh membiarkan serangan ke atas tempat-tempat ibadat penganut agama lain termasuk Kristian apatah lagi serangan itu berlaku pada perayaan yang paling penting bagi mereka. "Ia menyakitkan hati dan umat Islam mengutuk tindakan itu yang telah mengancam hubungan antara orang Islam dan Kristian, yang telah damai di masa lalu."

Pada pagi Krismas lalu, dua gereja iaitu gereja St Teresa dan gereja Evangelical diserang sekumpulan yang menamakan diri mereka "Boko Haram". Dalam serangan terbaru itu sekurang-kurangnya 15 orang menjadi mangsa.

Sila lihat sebelum ini...

E-Buku IH-41: Kerukunan Umat Beragama
E-Buku IH-41: Kerukunan Umat Beragama

Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/