SharpShooter Followers

Tuesday, December 13, 2011

Pendakwa gagal buktikan Anwar bersalah

Perbicaraan kes liwat II yang membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan disambung pada Khamis ini, 15 Disember 2011.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah ketika memutuskan perkara itu menjelaskan, sambungan perbicaraan kes itu akan bermula jam 9.30 pagi.

Menurutnya, perbicaraan Khamis ini bagi membolehkan pihak pembelaan menggulung hujah mereka, sebelum keputusan kes tersebut dibuat.

Sementara itu, peguam Sankara Nair berkata, pihak pendakwa bagi perbicaraan kes tersebut hari ini tetap gagal membuktikan Datuk Seri Anwar bersalah.

"Hujah-hujah yang dikemukakan oleh pihak pendakwa hari ini tetap memihak kepada kami dan kami yakin mampu mempertahankan hujah-hujah kami sebelum ini pada hari Khamis ini," katanya.

Bercakap kepada pihak media pada sidang media di lobi Mahkamah Tinggi di sini petang ini, beliau berkata, sehingga kini pihak pendakwa juga turut gagal menafikan keterangan-keterangan saksi-saksi pembela.

Sekitar jam 5.00 petang ini, hakim Datuk Mohamad Zabidin yang mendengar perbicaraan kes itu memutuskan untuk menyambung perbicaraan kes tersebut Khamis ini untuk memberikan peluang kepada pihak pembelaan pula menggulung hujah mereka.

Sankara adalah peguam bela bagi pihak tertuduh, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh, manakala Karpal Singh adalah peguam utamanya.

"Pada perbicaraan Khamis ini, pihak kami akan menggunakan segala peluang yang ada untuk mematahkan semua hujah pihak pendakwa dan kami tetap yakin keputusan tetap memihak kepada kami," tegas Sankara.

Sejak mula kes itu disebut, tegas beliau, pihaknya telah menegaskan bahawa kes liwat 2 Anwar adalah fitnah dan konspirasi politik pihak-pihak tertentu untuk menjatuhkan Anwar.

"Sehingga hari ini, pihak pendakwaan tetap gagal menafikan hujah kami itu kerana ia sememangnya konspirasi politik ke atas Datuk Seri Anwar.

"Kami sememangnya mempunyai bukti-bukti kukuh untuk dikemukakan pada bila-bila masa dan kami pasti akan turut membuktikan perkara itu pada perbicaraan Khamis ini," tegas beliau.
Persekitaran lobi Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sejak awal petang tadi turut didatangi ratusan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Antara mereka yang datang termasuk ahli-ahli PKR dari Ipoh bagi menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Anwar yang juga Ketua Umum PKR, sejajar dengan keyakinan mereka terhadap kedudukan Anwar sebagai pihak yang tidak bersalah, sebaliknya teraniaya.

Peguam Sankara Nair berkata, pendakwa raya kes Fitnah II masih gagal membuktikan tuduhan mereka terhadap Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebaliknya, kata Sankara, pendakwa raya memilih untuk membuat tuduhan tidak berasas terhadap saksi pakar pembelaan dan mengelirukan mahkamah.

“Mereka masih belum memenuhi beban pembuktian yang terletak di atas bahu mereka.

“Mereka buat beberapa tuduhan terhadap saksi pakar kita dan mengelirukan mahkamah.

“Itu tidak betul dan kita akan bidas hari Khamis ini,” kata Sankara sejurus mahkamah ditangguhkan sebentar tadi.

Sankara sewaktu ditanya tentang perjalanan kes setakat penggulungan ini berkata, setakat ini pasukan peguam bela berjaya membuktikan fitnah terhadap Anwar tidak pernah berlaku.

“Kita rasa kita memang ada kes dalam mempertahankan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Hujah kami kuat dan kami buktikan kejadian itu tidak pernah berlaku.

“Itu pendirian kita dan tohmahan yang dilemparkan tak pernah berlaku.

“Ini semua satu konspirasi dan kami tetap tegas dengan pendirian kami,” kata Sankara penuh yakin.

Selesai penggulungan petang tadi, Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menetapkan Khamis, 15 Disember jam 930 pagi sebagai tarikh untuk peguam bela membentangkan bidasan kepada hujah.


Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat (Din Binjai)

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/