Anehnya, Mahathir mendakwa beliau tidak pernah menulis secara rasmi kepada badan itu untuk mendapatkan dana ketika krisis kewangan 1999, bagi menjawab dakwaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Baru-baru ini, Mahathir menafikan beliau pernah meminta bantuan kewangan daripada Bank Dunia, sama ada semasa krisis kewangan tahun 1997 atau selepas itu.
Mengulas pendedahan Pengarah Strategi KEADILAN, Mohd Rafizi Ramli yang mengemukakan tiga dokumen yang didakwa sebagai bukti beliau pernah membuat pinjaman itu, Dr Mahathir berkata beliau perlu membuat pengesahan dengan Bank Dunia untuk melihat sama ada dokumen itu asli atau tidak.
Namun, ketika menulis diblognya semalam, Mahathir mengaku pinjaman sebanyak USD300 juta ditandatangani dengan Bank Dunia pada Jun 1998, untuk makanan, pendidikan tinggi dan program mikrokredit.
Selepas Anwar dipecat, kerajaan membuat tiga pinjaman daripada Bank Dunia.
Menurut Mahathir, sebanyak USD100 juta ditandatangani untuk bantuan teknikal pada Mac 1999, namun hanya USD11.94 juta dikeluarkan.
Pinjaman sektor sosial sebanyak USD60 juta dihentikan selepas pengeluaran sebanyak USD600,000 manakala satu lagi pinjaman pendidikan dihentikan selepas sejumlah USD217 juta dikeluarkan.
Tiga injaman itu diluluskan pada Mac selepas Anwar dipecat daripada jawatan menteri kewangan, dan kedudukannya diambil alih oleh Mahathir.
KEADILAN baru-baru ini mengemukakan tiga dokumen rasmi Bank Dunia berhubung salah satu dari empat pinjaman berjumlah US$704 juta oleh kerajaan Malaysia sejak 1997.
Ketiga-tiga dokumen pinjaman US$60 juta itu membuktikan rundingan berlaku selepas Anwar dipenjara dan dipecat dari kabinet.
Pentadbiran Umno sejak zaman Mahathir menuduh Anwar dengan pelbagai tohmahan, termasuk akur kepada polisi ditetapkan Bank Dunia dan IMF semasa krisis kewangan melanda lebih sedekad lalu.
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/