SharpShooter Followers

VIDEO CLIP PERTAMA JINGGA 13 YANG PALING POPULAR

Friday, December 16, 2011

PAS lancar "perang" @drhasanali dan Ustaz Nasa

PAS kini siap 'menguruskan' dua pemimpin kontroversinya exco Selangor Datuk Dr Hasan Ali dan bekas timbalan presidennya Nasharudin Mat Isa yang dianggap merugikan parti, terutama dalam keadaan menjelang pilihan raya umum.

Antara tindakan itu dengan giat menggunakan organ parti - media cetak dan internet - untuk menjawab kenyataan kontroversi kedua-dua pemimpin itu yang tidak disenangi.

Bermula dengan kritikan terbuka setiausaha agungnya Datuk Mustafa Ali dalam akhbar web PAS Harakahdaily semalam, beberapa lagi siri dijangka berterusan sehingga minggu depan.

Malah, Harakah minggu depan akan memuatkan wawancara khas dengan Mustafa yang mendakwa Hasan kini cuba mempengaruhi beberapa lagi pemimpin parti supaya 'tidak lagi yakin dengan perjuangan PAS'.

Malah tanpa curiga, Mustafa dilaporkan menyatakan Hasan mahupun Nasharudin 'bakal tidak kekal lama' dalam perjuangan PAS.

Tindakan agresif itu jarang berlaku dalam PAS yang sering menekankan konsep penyelesaiaan secara dalaman dalam pelbagai isu.

Malaysiakini difahamkan, disiplin kedua-dua pemimpin itu amat merunsingkan kepimpinan tertinggi PAS sehingga memaksa mereka mengambil langkah itu.

Dr Hasan baru-baru ini dilaporkan berkata bahawa beliau bersedia membantu perdana menteri menyatupadukan Melayu-Islam termasuk PAS dan Umno.

Manakala Nasharudin pula dilapor menyifatkan politik PAS makin pelik apabila ada golongan tertentu yang mendahului presiden dalam menentukan calon pilihan raya.

Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/