SharpShooter Followers

Sunday, December 25, 2011

Gambar-gambar @SafeeSali_10 sebagai Duta Kempen @hope2walk


Safee Sali
Kapten Pelita Jaya FC dan Pasukan Kebangsaan Msia.

Alhamdulillah,

Dengan rasa bersyukur dan bangganya kami di HOPE 2 WALK ingin memaklumkan jaguh bolasepak negara Safee Sali telah bersetuju untuk menjadi Duta Projek Kempen Hope 2 Walk. Sebagai ahli sukan yang mengamalkan hidup sihat dan aktif kami rasakan Safee Sali adalah orang yang sangat sesuai dan tepat menjadi duta kempen ini. Semoga ramai lagi ahli sukan dan selebriti yang akan mencontohi Safee Sali menyertai dan melibatkan diri dalam aktiviti sosial sebegini. Berikut adalah kata-kata khas dari Safee Sali untuk anda di luar sana :-

"Saya menyeru teman-teman semua, bantulah Annisa dan An-Nur untuk mereka merasai betapa indahnya dunia kanak-kanak dan terus jalani kehidupan seperti anak-anak yg lain. Mereka anak kita dan mereka perlukan bantuan kita kerana hidup ini untuk semua manusia termasuk Annisa dan An-Nur. Sebagai ahli sukan professional dan juga seorang bapa kepada dua orang anak gadis, saya rasa tersentuh dengan keadaan dua beradik ini dan amat berharap mereka dapat lalui zaman kanak-kanak mereka seperti anak-anak saya dan anak-anak yang lain di seluruh dunia. Kita bersykur dgn keadaan kita tetapi jangan lupa membantu mereka yg memerlukan."

Hanya Tuhan yang akan membalas jasa kalian dan semoga anak-anak ini terus sihat dan sejahtera. Amin. Safee Sali, Kapten Pelita Jaya FC dan Pasukan Kebangsaan Msia. - blog HOPE 2 WALK





Al-Fatihah untuk Adik Annisa yang telah kembali ke Rahmatullah dan salam takziah untuk Kak Sham dan Abg Fendi."

+- kasih ibu membawa ke syurga -+

+- kasih ayah sepanjang zaman -+

Untuk yang tidak tahu, Annisa lahir pada 8 februari 2001 dan mempunyai adik bernama An-Nur yang lahir 7 april 2003. Kedua-dua mereka di sahkan mengalami CEREBRAL PALSY with MITOCHONDRIAL DISEASE.

Sharpshooter juga ingin memohon jasa baik pembaca blog sharpshooter untuk sama-sama menyokong, menyebarkan dan membantu setakat terdaya dengan kempen Hope 2 Walk yang dilancarkan untuk mengumpul dana bagi pembiayaan perubatan An-Nur....

Info lanjut boleh rujuk di FB Hope 2 Walk dan Blog Hope 2 Walk.


Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/