SharpShooter Followers

Friday, June 25, 2010

Alahai Abdullah sani...dah gaharu cendana pula...

Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdulah Sani Abdul Hamid menjelaskan beliau tidak tahu tentang rancangan Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) di negeri ini yang dikatakan mahu mendesak Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berundur daripada jawatan Menteri Besar Selangor.

Sehubungan itu katanya, beliau akan bertemu dengan beberapa Ahli Parlimen PKR di negeri ini untuk mendapatkan penjelasan lanjut.

“Saya tidak tahu perkara ini. Saya cuma tahu apabila ada pemberita menelefon saya bertanyakan kewujudan pakatan ahli Parlimen itu,” katanya di sini hari ini.

Abdullah Sani yang juga Pengarah Pilihan Raya PKR Selangor berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan wujudnya pakatan 15 Ahli Parlimen PKR yang mahu menyingkirkan Abdul Khalid daripada jawatan Menteri Besar.

Pakatan 15 Ahli Parlimen PKR itu dikatakan wujud ekoran rasa tidak puas hati tindakan Abdul Khalid yang melantik Setiausaha Politik kepada Presiden PKR, Faekah Husin untuk mengisi jawatan Setiausaha Politik Menteri Besar tanpa berbincang dengan Biro Politik PKR termasuk beberapa pemimpin lain dalam parti pembangkang itu.

Malah pakatan Ahli Parlimen PKR itu juga dikatakan wujud serentak dengan keputusan Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali yang melepaskan jawatannya sebagai Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) tengah hari ini.

Tindakan itu dipercayai kerana tidak berpuas dengan tindakan Abdul Khalid tersebut.

Malah difahamkan, Biro Politik PKR dikatakan telah mencadangkan nama individu lain untuk mengisi jawatan berkenaan sebaliknya ditolak oleh Abdul Khalid dan meletakkan Faekah untuk mengisi jawatan tersebut.

Sharpshooter :- Alahai Abdullah Sani....betul ke tak tahu...tak tahu ke atau buat-buat tak tahu...

kura-kura dalam perahu...:-)

Sudah gaharu cendana pula....


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/