SharpShooter Followers

Tuesday, June 08, 2010

Sehari bersama YB Ustaz Salleh Man



OLEH; Amiruddin Ahmad

Permatang Pasir-Baru-baru ini saya sempat
bersama dengan YB Salleh Bin Man atau di kenali sebagai YB Salleh Man .Beliau membawa saya meninjau aktiviti seharian beliau dan kerja-kerja yang beliau laksanakan sebagai YB Permatang Pasir dan satu-satunya wakil PAS dalam kerajaan negeri Pulau Pinang.

Di awal pagi, beliau bergegas ke pejabat Jabatan Agama Islam Pulau Pinang di mana beliau memb
awa beberapa permohonan biasiswa dari pemohon yang berkelayakan untuk memohon bantuan pendidikan dari Majlis Agama Islam Pulau Pinang dan juga PUZ bagi pelajar-pelajar yang memerlukan.

Beliau juga sempat bertemu dengan beberapa orang pekerja dan juga beramah mesra dengan mereka.




Dari Jabatan Agama Islam negeri, beliau ke pejabat di Majl
is agama Islam negeri , meneliti beberapa permohonan, kebetulan dalam lawatan beliau ke pejabat Majlis Agama di Tingkat 8 , Jalan Mc Alister Pualau Pinang, beliau dikunjungi oleh seorang pemuda dan juga bapa saudaranya untuk memohon derma dan kebenaran mengutuip derma bagi merawat sakit jantung yang beliau alami .

Ini adalah kerana YB Salleh Man terlibat secara langsung dangan hal ehwal masjid sebanyak 200 buah di Pulau Pinnag yang memerlukan
pandangan dan perhatian beliau.

Bantuan dan kebenaran ini kemudiannya di bincangkan dengan YDP majlis Agama Islam Pulau Pinang .Beliau berjanji akan membantu dengan
seberapa segera bagi hamba Allah yang memerlukan bagi mengubati jantungnya.

.


Dari Majlis Agama Isl
am pula YB Salleh Man ke Taman Tun Saadon ,beliau melawat masjid Al Taqwa , di mana ada aduan mengenai tanah runtuh dan membahayakan masjid.

Beliau bergegas ke sana untuk melihat perkembangan yang berlaku dan bagaimana tindakan segera yang dapat di laksanakan bagi mengatasi masaalah yang berkemungkinannya bakal di hadapi.




Di sebelah petang pula, selepas selesai beliau ke kawasan beliau
di
kampong Pelet , di mana upacara menyerahkan jersi bolasepak dan juga jersi sepaktakraw ,bola dan juga bola sepaktakraw serta gelanggang yang di bina semula untuk kepentingan golongan muda dalam acara sukan.

Majlis menyampaikan bantuan ini diberikan kepada pemuda Kampong Pelet dan juga pemuda kampong Kubang Semang. Majlis penyerahan ini di lakukan di gelanggang sepaktakraw di kampong Pelet.


Sesungguhnya peranan belliau dalam menjalankan aktiviti ketika saya mengikutinya amat memenatkan. Tahniah YB kerana dapat menjalankan tugas walau pun ada amat memenatkan , namun ketekunan itu amat penting sebagai seorang wakil rakyat yang mana dapat di laksanakan dengan sempurna.

Menurut YB Salleh Man.bukan setakat siang ini sahaja , namun ianya akan membawa sehigga ke malam jika ada pula berita kematian dari anak qaryiah atau kecemasan lain yang memerlukan khidmat Yang Berkhidmat.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/