SharpShooter Followers

Monday, June 21, 2010

Semoga Pak Tam cepat sembuh

Mantan Ahli Majlis MPSP Che Amat atau lebih mesra dengan panggilan Pak Tam kini terlantar di rumahnya setelah tiba-tiba jatuh sakit. Pak Tam juga adalah Timbalan Ketua Keadilan Permatang Pauh.

Sharpshooter sempat menziarahi beliau di rumahnya. Susuk tubuh beliau ternyata semakin kurus manakala kakinya bengkak pula.



Berat mata memandang, berat lagi bahu memikulnya.

Kakinya bengkak dipercayai bengkak air kata Doktor.

Tugas-tugas serta kerja hasil pencarian Pak Tam kini diambil alih oleh anak lelaki kesayangannya Anuar. Anuar merupakan anak yang soleh dan taat kepada orang tuanya. Beruntung Pak Tam ada anak lelaki sepertinya.


Di atas batu inilah setiap hari Pak Tam melakukan terapi kaki. Semoga Pak Tam cepat sembuh..Amin.


Pak Tam juga pernah didakwa kerana kononnya menganjurkan ceramah pada 24 Mei 2009 ketika pilihanraya kecil Penanti telah mengundang penceramah yang tidak ada dalam senarai permit.

Penceramah tersebut adalah Dr Mansor Othman (calon Penanti), Yb Saifuddin Nasution, YB Zuraidah, Ustaz Hassan Razak, YB Abdullah sani, YB Manikumar dan YB Gobalakrisnan. Pak Tam didakwa di tempat yang berbeza antaranya Mengkuang Semarak, Mengkuang Titi, depan Masjid Kubang Semang dan Guar Perahu.

Beliau didakwa dibawah akta Polis 1967. Jika disabit kesalahan beliau boleh dikenakan denda RM2,000.00 hingga RM10,000.00 atau penjara setahun untuk setiap kesalahan. Beliau tidak mengaku salah atas semua pertuduhan.

Beliau telah dilokap hampir 5 jam di balai polis Bukit Mertajam. Beliau akhirnya dijamin dengan setiap pertuduhan RM2,000.00. Bermakna beliau telah diikat jamin sebanyak RM14,000.00.

Kes ini belum selesai di mahkamah.

Semoga Pak Tam terus tabah menghadapi segala ujian hidup dalam perjuangan ini.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/