SharpShooter Followers

Thursday, November 04, 2010

Janji Ansari

Oleh Dzulkarnain Taib

CSC_1380SANDAKAN 3 Nov - Calon Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) dalam pilihan raya kecil Batu Sapi, Ansari Abdullah, akan menjadikan perjuangan menuntut gaji minima RM1,500 sebulan untuk setiap pekerja di kawasan tersebut sebagai salah satu agenda beliau sekiranya diberi mandat untuk menjadi wakil Di Dewan Rakyat.

Isu kemiskinan dijangka akan menjadi salah satu isu penting yang bakal dibangkitkan dalam Parlimen jika Ansari dinobatkan sebagai Ahli Parlimen Batu Sapi pada hari pengundian esok.

Sehubungan itu Ansari yang juga seorang peguam terkenal di Sabah juga akan mengusahakan program yang bersesuaian untuk mengurangkan kadar kemiskinan tegar rakyat di kawasan Batu Sapi.

Langkah ini terkandung dalam kerangka 10 tindakan segera beliau sebaik sahaja dipilih sebagai ahli parlimen.

Agenda beliau lain di Batu Sapi termasuk:

1. mengadakan kediaman tetap beliau di Sandakan.

2. mewujudkan Pusat Khidmat Masyarakat yang dibuka setiap hari dengan kemudahan telefon dan lain-lain kemudahan.

3. meneruskan khidmat rawatan doktor secara percuma di kawasan terpencil.

4. meneruskan khidmat guaman percuma kepada pengundi yang teraniaya dan terancam.

5. meneruskan lawatan ke semua kawasan penempatan dan kampung untukberjumpa semua rakyat dan mengenal pasti masalah mereka.

6.mengumpul data anak-anak tercicir persekolahan dan mengusahakan mereka berpeluang meneruskan pelajaran dalam aliran perdana sehingga ke peringkat universiti.

7. menganjurkan program pembangunan masyarakat - keluarga, rumah d an pembaikan persekitaran.

8. memastikan Pihak Berkuasa Tempatan melaksanakan tanggungjawab dengan menyediakan tapak-tapak niaga yang sesuai, tersusun dan bersih.

"Sejak dari alam remaja saya telah ditanam dengan jiwa prihatin kepada kesusahan dan penderitaan orang lain oleh ahli keluarga dan NGO yang saya ceburi sehinggalah ke peringkat universiti.

"Saya percaya rekod saya dalam membela rakyat di kawasan ini sejak permulaan kerjaya saya sebagai majistret pada tahun 1978-79 lagi. Saya bersyukur kerana telah diberi kesempatan oleh Tuhan untuk membantu pelbagai lapisan masyarakat di sini termasuk menyelamatkan seorang insan dari dihukum mati di tali gantung," kata Ansari dalam mesej rayuannya kepada pengundi Batu Sapi.

Ansari berjanji beliau akan terus memperjuangkan matlamat Dasar Autonomi Untuk Sabah dan isu royalti minyak sebanyak 20 peratus menjadi kenyataan.

"Sesungguhnya perjuangan menegakkan keadilan di negara kita tanpa mengira kedudukan agama dan kaum adalah tugas yang amat berat. Ia hanya dapat dilaksanakan menerusi Pakatan Rakyat," tegas beliau lagi.



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/