Oleh Nazli Ibrahim
PETALING JAYA: Satu lagi laporan penipuan pemilihan akan diserah kepada Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini hari ini.
Laporan yang dialamatkan kepada Presiden PKR tersebut akan diserahkan oleh calon Pengerusi Tetap Angkatan Muda Keadilan (AMK), Amizudin Ahmat.
Menurut Amizudin, yang juga merupakan bekas Ketua AMK Pulau Pinang, laporan penipuan yang bakal diserahkan tersebut turut mengandungi bukti-bukti kukuh terhadap penyelewengan yang telah dilakukan sepanjang pemilihan berjalan.
Bagaimanapun menurut beliau kemungkinan beberapa nama saksi tidak dapat didedahkan kepada media ekoran kebimbangan terhadap ugutan dan gangguan lain.
Beliau turut menjelaskan laporan tersebut akan diserahkan kepada ibu pejabat terlebih dahulu sebelum perbincangan diadakan sama ada untuk mendedahkan kepada media atau sebaliknya.
"Kita akan putuskan sama ada akan dedahkan kepada media atau tidak selepas bertemu JPP (Jawatankuasa Pemilihan Pusat) nanti.
Cuma untuk pengetahuan anda, yang pastinya laporan ini bukan mengandungi satu atau dua kepincangan tetapi berderet," ujar beliau.
Antara isu penipuan
Dipercayai beberapa isu yang dijangkakan bakal disentuh dalam laporan tersebut termasuk kewujudan pengundi hantu di beberapa cabang yang telah selesai mengundi sebelum ini.
Sebelum ini kekecohan berlaku di pusat pengundian Libaran apabila semakan buku kehadiran pengundi sehingga jam 2.00 petang yang mencatatkan 20 orang, naik mendadak sehingga 900 orang ketika pengundian ditutup, satu peningkatan yang tidak munasabah.
Manakala dalam satu kejadian di Kubang Pasu, PACA (agen pengundian dan agen pengiraan) yang dilantik oleh seorang calon bertanding dilaporkan berjaya ‘menangkap’ buku kehadiran yang mencatatkan kehadiran pengundi sekitar 70 orang.
Sebaliknya sebaik peti undi dibuka, PACA tersebut terkejut apabila mendapati hampir 200 kertas undi berada di dalam peti undi tersebut.
Anggota JPP tawar jumlah undi dibahagi dua
Lebih mendukacitakan apabila anggota JPP yang bertugas ketika itu menawarkan penyelesaian kepada wakil-wakil calon bertanding dengan cara membahagikan dua jumlah undi yang terdapat di dalam peti undi.
Dijangkakan turut dimuatkan dalam laporan tersebut ialah kegiatan gengsterisme dalam parti yang didakwa mendapat perlindungan pemimpin tertentu dalam parti.
Kaedah pengiraan undi secara menurun bagi tujuan mengurangkan jumlah undi calon tertentu dijangka turut mendapat perhatian dalam laporan ini.
Kejadian yang pernah dilaporkan oleh beberapa blogger ini dikatakan berlaku ketika pengiraan undi sedang dijalankan di Cabang Teluk Intan.
Tembelang tersebut pecah apabila seorang wakil calon menyedari jumlah undi yang telah dikira didapati semakin berkurangan berbanding sebelumnya.
Akhirnya anggota JPP yang bertugas terpaksa membuka semula peti undi setelah didesak wakil calon tersebut dan mendapati jumlah undi untuk calon terbabit telah dikurangkan dengan jumlah yang banyak.
Selain itu kegiatan menukar nama pencalonan seperti yang berlaku di Cabang Tampin turut dijangka mendapat perhatian dalam laporan yang bakal diserahkan ini.
Peti undi "dilarikan"
Kejadian peti undi "dilarikan" hingga ke beberapa tempat untuk pengiraan undi seperti yang berlaku di Tuaran dijangka turut dibangkitkan.
Hingga kini, dianggarkan lebih dari 200 aduan telah dibuat oleh ahli-ahli PKR di sepanjang pemilihan yang didakwa sebagai peneraju demokrasi oleh pepimpin PKR apabila memberi kuasa memilih pemimpin ke tangan ahli akar umbi.
Bagaimanapun keindahan niat parti ini hilang begitu sahaja apabila pelbagai penipuan berlaku demi untuk memberi kemenangan kepada calon tertentu tetapi memburukkan imej PKR sendiri.
Dalam laporan FMT sebelum ini, Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Dr Muhammad Agus Yusof berkata, kemelut berpanjangan yang berlaku dalam PKR kini disebabkan kelembapan JPP yang tidak bertindak tegas di peringkat awal lagi.
"Kalau pemimpin parti dan JPP segera bertindak tegas, sudah tentu PKR tidak perlu menghadapi kemelut yang semakin parah ini," kata beliau kepada FMT
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai..
.Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Selamat M'sia, dari politik celaru. & hiburan celaru.
-
*1. Malaysia Baharu begitu celaru! 20 Januari 2019*
GUAR CHEMPEDAK - Tindakan beberapa tokoh penting dalam institusi kehakiman
dan guaman termasuk seor...
1 day ago