SharpShooter Followers

Friday, November 05, 2010

Srikandi teruk kena belasah.

Siti Aishah Shaik Ismail Ketua Srikandi Keadilan atau dulunya dikenali dengan Sya Reformis telah hadir ke P.Pinang untuk merasmikan Pertandingan Bola Jaring Terbuka Piala Srikandi.

Tetapi malangnya pasukan bola jaring Srikandi samada dari P.Pinang atau Kedah teruk dibelasah. Srikandi jangan marah ok..terimalah kekalahan seperti kekalahan Pakatan Rakyat di Galas dan Batu Sapi dan yang penting bermuhasabah dan jangan saling salah menyalah orang lain pula.


Sya ketika merasmikan Pertandingan Bola Jaring. Begitu semangat ucapannya.

Sya bersama Juwairiya Srikandi melepaskan belon selepas perasmian.

Sya bersalam salaman dengan semua pemain yang menyertai Pertandingan Bola Jaring Piala Srikandi. Ada gaya macam YB... ;-)

Nurin Aina mantan Ketua Srikandi Malaysia anak Jawa Sabak Bernam Selangor kini tinggal di Sg Petani setelah mendirikan rumahtangga. Beliau berkahwin selepas marah dengan kekalahan Tan Sri Khalid Ibrahim dalam pilihanraya kecil Ijok. Nurin jangan marah ok..kenyataan..ha..ha..

Pasukan KTK (Kami Tak Kisah)

Perlawanan pertama antara KTK vs Srikandi P.Pinang (baju ungu). Bab bergaya no 1.

Pasangan bahagia Abang Zul dan Kak Soyah. Pembakar semangat Srikandi. Lawan tetap lawan.

Yang ini keputusan separuh masa pertama, Srikandi P.Pinang kena belasah 13 - 1.

Termenung Sya Srikandi bila Srikandi Pulau Pinang jadi budak belasahan...

Inilah keputusan perlawanan, Srikandi P.Pinang di belasah 22-2

Ini pula perlawanan kedua Sri Mawar (baju merah) anak buah Amir Ketua AMK Permatang Pauh vs Power Puff Girls.

Sri Mawar P.Pauh ikut jejak Srikandi P.Pinang, dibelasah 14-0.

Perlawanan ketiga Srikandi Kedah (baju merah - oren) vs Vouge dari USM P.Pinang.

Faisal Ketua AMK Balik Pulau turut hadir memberi semangat dan sokongan tetapi sokong bawa rebah kepada Srikandi.

SyarifahFazylah urusetia Srikandi P.Pinang.

Srikandi Kedah teruk dibelasah hingga 20 - 0.

Pasukan dari Jabatan Agama Islam P.Pinang (baju hijau) vs Freedom dari Alor Setar Kedah.

Srikandi P.Pinang vs JPJ P.Pinang

Srikandi P.Pinang kena belasah lagi dengan JPJ 16-4.

Sr Mawar P.Pauh vs Mutiara Girls B.

Sri Mawar P.Pauh budak belasahan Mutiara Girls B bila dibelasah teruk 24-0

Srikandi Kedah memakai baju AMK Keadilan tidak pernah patah semangat. Lawan tetap lawan.

Srkandi Kedah vs Mutiara Girls A. Keputusan Srikandi Kedah dibelasah 20-0.

Blogger Zul Mamak turut hadir memberi sokongan kepada Srikandi.

Sempat melawat latihan memanah di sebelah gelanggang bola jaring. Aidil..hang dok hendap apa...memang kaki mengendap la nie..ha..ha.

Sya menyampaikan sijil penghargaan kepada ketua pasukan.

Perlawanan Akhir antara pasukan KTK dengan Freedom. Perlawanan memang sengit.

Salah seorang dari pasukan Freedom tercedera di lengan, Rawatan kecemasan diberikan.

Keputusan berakhir dengan seri 10-10.

Pemain KTK mengalami kecederaan di kaki. Kak Ija jururawat Srikandi memberi rawatan kecemasan. Perlawanan masa tambahan diberikan dengan tiga "Centre Pass"

Perlawanan berakhir dengan kemenangan berpihak kepada KTK dengan kelebihan satu jaringan. 12-11.

Mama dan Papa pengurus pasukan KTK gembira meraikan kemenangan di perlawanan akhir.



Pengurus KTK - Mama bersama Dr Joyce Ketua Wanita Batu Kawan dan Pengerusi Program Bola Jaring Srikandi Hamizah Che Amat

Serikandi P.Pinang terima sijil penghargaan. Ok lah tu dapat sijil..kena banyakkan latihan bukan sekali latihan terus nak main..kan dah jadi budak belasahan...ha..ha..


Tahniah dan syabas kepada juara - Pasukan KTK (Kami Tak Kisah). mereka menerima wang tunai RM1,000, Piala Iringan dan juga medal. Terimakasih kepada YB Sim Tze Tzin, YB Ong Chin Wen, YB Malik Kassim dan YB Law Choo Kiang serta Hj Rashid yang telah memberi sumbangan untuk menjayakan Pertandingan Bola Jaring Terbuka Piala Srikandi 2010.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/