SharpShooter Followers

Wednesday, November 03, 2010

Pertahan Melayu dan Islam - Anwar tendang Fairus

Utusan Meloya hari ini melaporkan mantan TKM 1 P.Pinang Fairus berkata "Anwar begitu cenderung sekali mempertahankan kepentingan DAP berbanding Pas terutama di Pulau Pinang, walaupun banyak gerak kerja jentera parti pembangkang sebenarnya dijayakan oleh Pas,"

Tambahnya lagi "Bagi Anwar, Pas tidak penting, Pas hanya alat kerana yang penting ialah jaga DAP bagi menjamin sokongan masyarakat Cina.

"Ramai di kalangan pemimpin Pas dan PKR Pulau Pinang tahu mengenai perkara ini, tetapi mereka takut hendak bersuara dan lebih suka mengambil langkah selamat iaitu dengan berdiam diri walaupun sebenarnya tidak berpuas hati.

"Mereka takut akan ditendang keluar macam saya jika mempertahankan Melayu dan Islam di negeri itu," jelasnya. Berita penuh di sini.

Sharpshooter - Kalau sharpshooter kata Fairus bohong nanti ada orang yang marah pula. Kalau nak mengaku atau mengiakan apa yang Fairus kata, nanti Allah marah pula. Kalau nak bagitau taukeh koprat mana yang biayai Fairus sebulan 7 ribu selepas beliau letak jawatan nanti Sivagi The Boss marah pula. Cakap salah tak cakap pun salah.

Benarkah Fairus ditendang keluar oleh Anwar kerana beliau mempertahankan Melayu dan Islam? Mungkin ada orang percaya agaknya.

Sebenarnya Fairus, Zahrain dan Zulkifli Nordin cuba menjadi batu api dengan melaga-lagakan Keadilan, PAS dan DAP. Benarlah seperti kata Chegbard, umno-b-end tidak takut dengan Keadilan, mereka tidak takut dengan PAS, mereka tidak takut dengan DAP tetapi mereka takut dengan Pakatan Rakyat dan Anwar Ibrahimlah yang menjadi gam pengikat ketiga-tiga parti tersebut.

Sebab itu, mahu tidak mahu untuk selamatkan umno-b-end pada PRU 13, Anwar mesti dipenjarakan dan Pakatan Rakyat mesti dipecahkan. Inilah cabaran sebenar masa depan Keadilan dan Pakatan Rakyat kata Chegubard calon Ketua AMK Pusat pilihan sharpshooter.

Teringat bekas PA Fairus yang dikatakan 6 jahanam, Cikgu Zul, Non Pomen, Rezal Panjang, Azim, Hazree dan seorang lagi dah terlupa nama. Mereka lebih tahu apa yang Fairus lakukan semasa menjadi TKM 1 P.Pinang sebab mereka yang paling rapat dengan Fairus umpama isi dan kuku, bagai aur dengan tebing. Mereka abadikan catatan kenangan indah bersama Fairus di sini.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/