Utusan Meloya - KUALA LUMPUR - UMNO menyifatkan kenyataan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menjanjikan bahawa golongan muda akan dipilih sebagai calon parti itu pada pilihan raya umum akan datang, sebagai gula-gula politik.
Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim berkata. ketua pembangkang itu mula menyedari hakikat bahawa perlunya parti itu mendekati golongan muda yang layak mengundi bagi memastikan kelangsungan PKR.
“Kenyataan yang dikeluarkan oleh Anwar itu pada saya tidak ubah hanya kenyataan politik. Jadi untuk menarik sokongan golongan muda di negara ini, maka beliau membuat kenyataan seperti itu.
“Nasihat saya kepada golongan muda, jangan terpengaruh dengan kenyataan itu. Saya juga melihat perlunya Anwar menarik perhatian golongan muda ini kerana untuk menampung kekurangan dalam parti. Rakan-rakan senior dalam PKR pun dah mula tolak PKR, jadi dia hendak ruang yang kosong ini diisi dengan orang muda,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Semalam, Anwar dalam kenyataannya di Singapura dilaporkan berkata bahawa PKR akan meletakkan golongan muda dalam lingkungan umur 20 hingga 30 tahun sebagai calon parti pada pilihan raya umum akan datang.
Anwar dalam satu ceramahnya di republik itu berkata langkah itu adalah bagi menarik sokongan pengundi muda yang didakwanya selaras dengan jolokan PKR sebagai sebuah parti ‘reformasi’.
Sementara itu, Setiausaha Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Datuk Wira Syed Ali Al-Habshee dalam kenyataannya di sini berkata kenyataan itu membuktikan PKR terdesak kerana kehilangan ramai pemimpin berwibawa bukannya strategi parti itu untuk berdepan dengan UMNO.
“Ramai pemimpin berwibawa telah keluar PKR kerana kecewa dengan cara kepimpinan ala diktator Anwar.
“Bagaimanapun, golongan muda di negara ini sudah sedar sejauh mana permainan dan manipulasi politik Anwar dalam usaha beliau menagih simpati untuk berkuasa,” katanya yang juga Ketua UMNO Cheras. - Bernama
Sharpshooter - Bagi yang dapat menyelami dan mendasari lubuk hati Anwar sudah pasti mereka tidak akan membantah apabila Anwar mahu had umur AMK kepada 35 tahun bukan 40 tahun.
Sebenarnya Anwar mahu anak muda yang berusia 35 tahun ke atas mengambil tempat Ketua Cabang. Anwar mahu Ketua Cabang yang muda, yang segar, yang proaktif, yang agresif seperti Ketua Cabang Rembau iaitu Chegubard yang berumur tidak sampai 35 tahun.
Anwar juga sedar anak muda Keadilan lebih matang dalam tindakan mereka sebab itu hingga kini tidak ada anak muda berstatus wakil rakyat yang melompat kecuali seorang bernama Fairus mantan TKM 1 P.Pinang.
Wakil Rakyat anak muda Keadilan masih setia dengan Keadilan seperti di P.Pinang YB Ong Chin Wen (Adun Bukit Tengah), YB Yusmadi Yusoff (MP balik Pulau), YB Law Choo Kiang (Adun Bukit Tambun & Exco Kerajaan Negeri), YB Jason Ong (Adun Kebun Bunga) dan YB Sim Tze Tzin (Adun Pantai Jerejak).
Di Perak YB Cang Lih Kang (Adun Teja), YB Yunus Jamhari (Adun Kuala Kurau), YB Chan Ming Kai (Adun Simpang Pulai) dan YB Kesavan (Adun Hutan Melintang).
Di Selangor YB Amirudin Shari (Adun Batu Cave), YB Nik Nazmi (Adun Seri Setia) manakala YB Nurul Izzah (MP Lembah Pantai) dan YB Amran (MP Tanah Merah) di Kelantan.
Anwar sebenarnya menyesal memilih kawan lama baiknya seperti....ahhhh..malas nak tulis nama malaun katak tu.... Sebab itu dalam pemilihan ini pilihlah calon-calon yang muda dan calon-calon yang boleh dikategorikan masih muda dalam Majlis Pimpinan Pusat (MPP) seperti Ketua Srikandi Siti Aishah (No 106), Cikgu Fariz Musa (No 32) , Onn Abu Bakar (No 88), Muzaffar Shah (No 81), Ramlan Naim (N0 94), Abdul Wahab Ibrahim (No 9), Hasmi Hashim (No 43). Zamri (No 131). Zabidie Abas (No 125) yang ini semua sahabat baik sharpshooter.
Kawan-kawan dari Tionghua dan India pun ramai juga dan jangan lupa calon dari P.Pinang seperti YB Dato' Mansor Othman, YB Hj Malik Kassim, YB Jason Ong, YB Yusmadi, YB Dato' Halim Hussain, Senator Pak Mus. Ramai juga calon dari P.Pinang ni, tak sebut nanti kena marah pula..he..he.. cakap salah tak cakap pun salah...
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Tidur di masjid, Istimewa PAS, menjelas kehidupan.. & saranan..
-
*1. Tidur di masjid, Istimewa PAS, menjelas kehidupan.. *
*Soalan:*
Pada setengah masjid ramai orang tidur di dalamnya sama ada kerana berehat
atau ...
4 minutes ago