SharpShooter Followers

Monday, November 15, 2010

Luka Wakil Rakyat DAP ...

Bekas timbalan pengerusi DAP Perak, M Kulasegaran melahirkan rasa terkejut dengan kekalahannya dan beberapa pemimpin lain yang kaitkan dengan kumpulannya pada pemilihan parti peringkat negeri semalam.

“Ia adalah hari yang paling menyakitkan hati,” kata ahli parlimen Ipoh Barat di blognya pagi ini.

Menurut Kulasegaran, "penyembelihan beberapa sekutu yang berkemampuan, komited dan berdedikasi” yang bertanding menentang calon-calon yang “tidak mempunyai latar rekod, tidak dikenali di dalam dan juga luar parti” adalah sesuatu yang amat perit.

“Terdapat persoalan mengenai kelayakan kira-kira 50 bahagian yang menghantar 350 perwakilan ke konvensyen parti negeri dan ini pasti menimbulkan keraguan sama ada pemenang mempunyai hak menuntut kemenangan moral,” katanya.

“Keputusan itu amat mengejutkan kerana beberapa pemumpin berkebolehan dan berdedikasi seperti saudara Thomas Su, saudara Seah Long Peng dan saudara Frankie Wong dikalahkan dengan teruk,” katanya.

Meskipun Kulasegaran berkata beliau menerima kekalahan itu tetapi ia sesuatu yang perit dan sukar dilupakan.

Kenyataannya itu juga menimbulkan tanda tanya sama ada beliau dan pemimpin lain dalam kumpulannya akan menerima tawaran oleh pasukan yang menang yang diketuai oleh Datuk Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming untuk membawa mereka bersama ke pimpinan DAP Perak.

Kulasegaran dan bekas naib pengerusi DAP Perak, A Sivanesan, yang kalah pada pemilihan semalam telah ditawarkan jawatan naib pengerusi.

“Saya telah memainkan peranan saya dan tawarkan diri untuk berdamai tetapi sedih untuk mengatakan bahawa usaha pempin atasan parti telah gagal kerana kejayaan mereka memerlukan kesanggupan kedua-dua pihak untuk bekerjasama untuk kepentingan bersama,” katanya.

Namun kata Kulasegaran, maklum balas dan pandangan daripada pemimpin lain dan juga penyokong akar umbi dan penyokong akan diambil sebelum memutusakan untuk menerima atau menolak tawaran yang dibuat oleh Ngeh dan Nga.

“Antara faktor yang saya akan ambil kira adalah untuk menentukan bagaimana cara terbaik untuk saya berperanan dengan efektif dalam politik negeri.”


Barisan kepimpinan baru DAP Perak:


Pengerusi
- Ngeh Khoo Ham

Timbalan pengerusi
- V Sivakumar

Naib pengerusi - M Kulasegaran and A Sivanesan

Setiausaha
- Nga Kor Ming

Penolong setiausaha - Ong Boon Piow

Bendahari - Lim Pek Har

Setiausaha kerja - Teh Hock Kee

Penolong setiausaha kerja - A Sivasubramaniam

Ketua publisiti - Wong Kah Woh

Penolong ketua publisiti - Yong Choo Kiong

Ketua pendidikan politik - Teh Kok Lim


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/