SharpShooter Followers

Wednesday, May 04, 2011

Tok Bilal dan Tok Siak senyum meleret..

Kerajaan Pulau Pinang menyangkal dakwaan bahawa pihaknya mengabaikan pembangunan Islam dengan menaikkan elaun untuk pegawai agama di 200 masjid negeri sebanyak 80 peratus.

Timbalan Ketua Menteri 1 Datuk Mansor Othman berkata, peningkatan itu akan memberi faedah kepada 800 bilal dan siak di negeri itu.

Peningkatan elain itu dibuat selepas mengambil kira peningkatan tanggungjawab pihak berkenaan, katanya.

Kali terakhir elaun itu dinaikkan pada tahun 2005 daripada RM100 kepada RM180 untuk bilal dan daripada RM120 kepada RM200 untuk siak.

Kali ini, kerajaan negeri Pakatan Rakyat menaikkan elaun bilal kepada RM324 manakala siak pula kini mendapat RM360 sebulan.

Menurut Mansor, kenaikan itu akan berkuatkuasa pada 1 Jun yang menjadikan perbelanjaan sebulan untuk pembayaran itu sebanyak RM273,600.

Kerajaan Pulau Pinang akan menanggung 70 peratus (RM2,298,240) kosnya manakala majlis agama akan membiayai sebanyak 30 peratus (RM984,960), tambahnya.

Sharpshooter - hari ini ada dua kenaikkan, satu elaun tok siak dan bilal dinaikkan dan satu lagi harga petrol RON (Rosmah Najib) naik lagi 20 sen menjadikan harga baru RM2.90 sen.

Sudah pasti rakyat lebih gembira dengan kenaikkan harga petrol sebab memang sah BN barang naik.

Orang umno tak kisahlah harga petrol naik sebab depa dapat diskaun petrol bila tunjuk kad ahli umno... hahahahahahahaha

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone