SharpShooter Followers


Monday, May 30, 2011

Mat Sembab sudah tahu akan matinya umporno dan b-end

Mat Sembab meminta semua ahli parti komponen b-end melupakan soal lobi melobi untuk pemilihan jawatan parti masing-masing sebaliknya tumpun sepenuhnya usaha untuk menghadapi pilihanraya umum ke 13 yang disifatkanya sebagai ‘soal hidup mati parti’.

“Tumpukan pada pilihan raya dan kemaskan jentera masing-masing. Jangan fikir sangat soal lobi melobi atau siapa nak pegang jawatan kerana yang lebih penting ialah PRU 13 soal hidup mati parti, kita hendaklah lupakan soal pemilihan untuk sementara waktu," katanya.

Serentak dengan itu beliau mengarahkan semua parti komponen bersiap sedia untuk menghadapi PRU13 dan memperkemaskan jentera pilihan raya masing-masing mulai sekarang.

Berucap merasmikan mesyuarat perwakilan umporno Bahagian Bayan Baru di Pulau Pinang Ahad beliau berkata b-end perlu menggunakan pendekatan luar biasa untuk menyelesaikan masalah rakyat dan harus bersungguh-sungguh turun ke padang.

"Kalau b-end negeri berhasrat untuk menebus kekalahan pada pilihan raya lepas, kita tidak harus memperkecilkan apa yang mereka (kerajaan negeri) buat.

"Sebaliknya, kita harus berusaha dan bekerja sebagai satu pasukan untuk mendapat balik sokongan rakyat," katanya.

Mat Sembab juga berkata pemimpin b-end perlu akur dan jujur bahawa sememangnya terdapat kelemahan dalam parti masing-masing dan disebabkan itu mereka haruslah merancang apakah yang perlu dilakukan untuk mendapat semula sokongan rakyat.

"Kita hendaklah bangun daripada kekalahan dan memperkukuhkan organisasi bukan sahaja umporno tetapi juga semua komponen lain," katanya.

Katanya, sememangnya telah terdapat tanda-tanda sokongan orang Melayu kepada b-end, orang India kepada MIC dan sedikit orang Cina terhadap MCA dan Gerakan.

Beliau berkata pemimpin b-nd negeri tidak harus lupa dengan peranan mereka untuk membantu rakyat walaupun landskap politik telah berubah dan mereka menjadi pembangkang di Pulau Pinang .

Sharpshooter - Tidak ada siapa kekal berkuasa dan tidak ada siapa yang tidak akan mati...mati itu pasti...

Sudahlah Mat Sembab ..usah menangis...hodoh sangat dah tua-tua menangis...


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/