SharpShooter Followers


Saturday, May 28, 2011

Isu roboh gerai di P.Pinang belum reda

"Isu roboh dua gerai ini antara peniaga dan pemilik tanah persenderian, tiada kene-mengena dengan kerajaan negeri."

Kerajaan Pulau Pinang khususnya Timbalan Ketua Menteri (1) Dato' Mansor Othman tidak wajar dipersalahkan dalam isu robohan dua gerai milik peniaga Melayu di Batu Feringghi kelmarin, kata Jabatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Batu Feringghi.

Pengerusinya Jamaluddin Hashim (gambar atas) berkata, isu tersebut sebenarnya melibatkan dua peniaga Melayu - Rahayu binti Abdul Malik dan Mohamad Yusoff Ibrahim - dan pemilik tanah persendirian, bukan membabitkan kerajaan Pulau Pinang.

Justeru, beliau mempersoalkan tindakan Rahayu membuat kenyataan di media-media tertentu bagi menggambarkan kerajaan negeri tidak membela peniaga-peniaga Melayu.

"Timbalan Ketua Menteri (1) Pulau Pinang Dato' Mansor bin Othman seakan dipersalahkan kononnya tidak membela Melayu di negeri ini.

"Isu tersebut sebenarnya membabitkan dua peniaga Melayu dan pemilik tanah persendirian yang kini sedang dibangunkan SCK (C) Pai Chai; bukan membabitkan tanah milik kerajaan negeri Pulau Pinang.

"Khabarnya, salah seorang pengadu telahpun mendapat pampasan yang setimpal daripada pemilik tanah persendirian. Sebab itu, kami ingin mengetahui motif pengadu terbabit," ujarnya selepas satu mesyuarat di Komtar, di sini.

Tambahnya lagi, mereka terbabit sepatutnya terlebih dahulu menghubungi JKKK Batu Feringghi supaya jawatankuasa boleh berbincang dengan pihak berwajib sebelum sebarang penguatkuasaan dilakukan.

"JKKK tidak dimaklumkan pun mengenai notis roboh dua gerai tersebut. Jika kami mendapat makluman tersebut, kami akan berusaha berbincang dengan Pejabat Daerah Timur Laut dan MPPP bagi menangani isu ini," ujarnya.

Bagaimanapun beliau berkata, JKKK akan tetap berbincang dan mencari tapak niaga alternatif baru bagi menyelesaikan masalah kedua-dua pengadu tersebut.

Penyelesaian yang dimaksudkan katanya, termasuk membina astaka dua tingkat di Bayu Senja, Batu Feringghi sebagaimana yang dicadangkan pada pejabat Timbalan Ketua Menteri (1) Pulau Pinang tadi.

Keratan akhbar Kosmo, 25 Mei 2011 (halaman 2)

Keratan akhbar Sinar Harian, 25 Mei 2011 (halaman U6)


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/