SharpShooter Followers

Saturday, May 28, 2011

Rancang bina 'Mini Chatuchak' bela peniaga Melayu Pulau Pinang

"Idea 'Mini Chatuchak' wajar dikaji semasaknya sebelum dibawa pada kerajaan negeri."

GEORGETOWN | 'Pasar Mingguan Chatuchak' di Bangkok yang hari ini menjadi salah satu produk pelancongan popular Thailand wajar dibina lebih banyak di Pulau Pinang demi menjana pendapatan peniaga-peniaga Melayu.

Demikian cadangan Yang Dipertua Persatuan Peniaga-Peniaga Melayu Pasar Malam Negeri Pulau Pinang (PPPMPP) Azizan bin Johari (gambar bawah) dalam satu mesyuarat ringkas semalam bersama-sama Timbalan Ketua Menteri (1) Pulau Pinang Dato' Mansor Othman.

Azizan rakam penghargaan TKM1 komited bela peniaga Melayu di Bayan Baru.

Menurut beliau, pasar minggunan tersebut hari ini turut menjadi identiti Melayu Thai kerana kebanyakkan penggiatnya terdiri oleh peniaga Melayu.

Justeru, mesyuarat yang turut dihadiri oleh Pengurus Hal Ehwal Korporat, Dewan Peniagaan Melayu Malaysia Pulau Pinang (DPMMPP) Mohamed Omar bin Ahmad (gambar bawah) itu antara lain merakamkan penghargaan pada pejabat Timbalan Ketua Menteri (1) kerana telahpun membina prasarana ala-ala 'Mini Chaktuchak' di Bayan Baru.

Wakil DPMMPP Mohamed Omar turut menyertai mesyuarat di pejabat TKM(1)

"Kita terharu dengan usaha kerajaan negeri kerana banyak tempat-tempat baru sudah dilesankan.

"Kita (PPPMPP) juga merancang kepada Dato' (Mansor) untuk membina 'Mini Chatuchak' di sebelah Hotel Sri Malaysia, di Bayan Baru," ujar Azizan sambil mengajak semua pihak melayari sesawang rasmi pertubuhannya, http://pppmpp.blogspot.com/.

Datuk Mansor selaku Adun Penanti merangkap Naib Presiden PKR dan Ketua Perhubungan PKR Negeri dalam reaksi spontan minta suatu kajian dilakukan antara PPPMPP dan DPMMPP sebelum dibawa kepada pihaknya demi kepentingan Melayu negeri. -END

Wajah pemimpin utama Persatuan Peniaga-Peniaga Melayu Pasar Malam Pulau Pinang (PPPMPP)


ihsan dari poskota.co.id

Menjadi produk pelancongan Bangkok

Menjadi 'syurga barang murah' bagi warga tempatan Bangkok & pelancong asing.

Antara grafik topografi Chatuchak di Bangkok


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/