SharpShooter Followers


Sunday, May 01, 2011

Tak salah jika Anwar sumpah balas

Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata sumpah bukan satu paksaan, tetapi Datuk Seri Anwar Ibrahim sewajarnya melakukan sumpah balas untuk menghilangkan sangkaan buruk ekoran tindakan "Datuk T" kelmarin.

Bagaimanapun beliau tidak bersetuju dengan tindakan ahli perniagaan Datuk Sharyl Eskay Abdullah — salah seorang "Datuk T" melakukan sumpah laknat yang didakwanya hanya bertujuan mendedahkan keaiban orang lain, dalam kes ini Anwar.

"Saya tidak bersetuju Datuk T bersumpah kerana itu hanya bertujuan mendedahkan keaiban orang lain.

"Tapi, oleh kerana mereka dah bersumpah dan menimbulkan buruk sangka kepada pihak yang dituduh, mengapa tidak DSAI (Anwar) bersumpah saja . . . jika beliau tidak salah, apa yang hendak dirisaukan," kata beliau dalam kenyataan ringkas menerusi SMS hari ini.

Pandangan yang hampir sama dilahirkan oleh Mufti Perlis Dr Juanda Jaya semalam.

Asri berkata, melakukan sumpah bukan satu paksaan atau pun kewajiban tetapi dapat mengatasi buruk sangka.

"Sumpah bukan semestinya di mahkamah. Sumpah di mahkamah ada babnya. Sumpah luar mahkamah ada babnya. 

"Jika isteri suruh suami bersumpah bahawa dia tidak curang, adakah berdosa atau Allah menghukum jika suami bersumpah dia tidak buat dan memang dia tidak buat. Sumpah macam itu dapat menghilangkan perbalahan," katanya.

Namun tegas beliau, politik negara ini sudah "jijik dah kotor" ekoran perkembangan terbaru ini.

"Isu aib peribadi cuba dijadikan isu rakyat dan negara. Sangat hina. Jika kita usah layan puak-puak ini pun patut," kata beliau.

Shazryl, yang mendedahkan rakaman video seks yang si pelakunya mirip Anwar pada 21 Mac lalu, melakukan sumpah laknat di Masjid Amru al-As di Bandar Baru Sentul di sini petang kelmarin.

Laporan media semalam menyebut, Anwar memutuskan tidak tampil untuk bersumpah laknat berhubung isu video seks itu dan tidak menyahut cabaran Shazryl selepas mendapat nasihat Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan beberapa tokoh agama lain. 

Anwar berkata, Nik Aziz menasihat beliau supaya tidak melayan desakan untuk bersumpah laknat kerana tuduhan zina yang dikenakan terhadapnya perlu diselesaikan di Mahkamah Syariah. 

"Beberapa bekas mufti seperti bekas Mufti Wilayah Persekutuan dan bekas Mufti Perlis menasihatkan saya dan menyatakan simpati tuduhan zina yang dikenakan terhadap saya. 

"Malah, saya turut mendapat simpati ulama dari Indonesia atas tuduhan yang dikenakan terhadap saya," katanya ketika berucap di Dewan Kampung Bukit Seputeh dekat Ampang malam kelmarin.

Oleh itu tegas Ketua Pembangkang itu, beliau tidak akan melayan desakan untuk bersumpah laknat sebaliknya akan terus memperjuangkan keadilan dan membantu rakyat.

Dalam kenyataan semalam, Juanda juga berkata beliau amat setuju Anwar segera bersumpah untuk menafikan tuduhan kotor ke atas beliau walaupun pilihan di tangan beliau sendiri. 

"Saya mahu kes ini segera selesai. Ia malukan umat Islam. Saya sekarang di Mekah atas undangan kerajaan (Arab) Saudi dengan mufti-mufti lain," kata beliau.

Juanda menambah, kaedah hukum Islam dalam kes jenayah, pendakwa perlu membawa bukti tuduhan, yang kena dakwa perlu bersumpah kalau dia menafikan tuduhan. 

"Datuk Eskay tidak patut bersumpah, yang patut bersumpah adalah yang kena tuduh kalau dia nak nafi tuduhan. 

"Memadai lafaz, wallahi tuduhan itu palsu. Mahkamah Syariah wajib proaktif putuskan hal ini segera untuk tutup aib umat Islam," kata beliau.

Juanda juga berkata badan kehakiman Islam tidak harus menjadi "penonton saja" dalam kes semasa ini dan semua pihak perlu menjaga imej Islam terutama mereka yeng memperjuangkan Islam.

Sharpshooter - Sumpah tidak wajib ke atas Anwar tetapi tidak salah jika Anwar bersumpah menafikan segala tuduhan untuk redakan isu yang amat memalukan Islam.

Sharpshooter juga tidak menafikan jika Anwar bersumpah pun, Anwar akan dituduh pula bersumpah kerana politik seperti kata senatak ezam sebelum ini.

Memang itulah minda pemimpin umno dulu kini dan selamanya untuk menjatuhkan Anwar. Anwar dilihat musuh utama yang boleh mengancam kedudukan umno yang kini hanya juara kampong sahaja, kawasan bandar umno kalah teruk.

Vcd Anwar kini tersebar luas termasuk di kampong-kampong dan juga Taman termasuk di Cherok Tokun. Ramai juga yang percaya memang Anwar dalam video tersebut.

Ada empat perkara yang menjadi persoalan terutama orang Melayu di kampong-kampong dan juga taman yang masih belum terjawab.

1) Anwar dikatakan tidak berani bersumpah balas...jika Anwar tidak buat dan dipihak yang benar..apa salahnya Anwar bersumpah balas seperti cadangan Dr Asri.

2) Walaupun pihak polis berkata jam omega yang diberi oleh Dato T made in Taiwan dan bukannya hadiah khas oleh Raja Saudi namun hingga kini Anwar juga dilihat gagal menunjukkan jam omega untuk meyakinkan rakyat bahawa isu jam omega itu fitnah semata-mata.
 
3) Wan Azizah juga dilihat gagal untuk membuktikan di mana Anwar ketika kejadian itu berlaku.

4) Anwar juga tidak pernah berkata bahawa dia tidak kenal Eskay maka ada rakyat yang percaya bahawa mungkin Eskay adalah kawan baik Anwar tetapi umpama 'bapa ayam' yang mencari pelacur untuk Anwar.

Empat persoalan ini yang masih belum terjawab dan sebab itu bila mereka menonton video tersebut, mereka percaya bahawa itu adalah Anwar.

Kebanyakaan Orang kampong mereka tidak melihat internet dan mereka termakan dengan propaganda media arus perdana.

Kita juga tidak nafikan bila timbul isu ini, ceramah Pakatan Rakyat mendapat sambutan hangat untuk mendengar penjelasan Anwar tetapi percayalah dalam masa yang sama, ada yang percaya itu fitnah terhadap Anwar dan ada pula yang percaya kepada propaganda umno walaupun setelah mendengar penjelasan Anwar.

Semoga Allah memberi petunjuk kepada kita semua dan dapat selesaikan segera isu yang amat memalukan umat Islam..amin

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone