SharpShooter Followers

Tuesday, May 24, 2011

SAMM bersama Mat Sabu mobilisasi BERSIH 2

Pengerusinya Badrul Hisham Shaharin berkata, SAMM akan terlibat dalam proses memobilisasi rakyat turun ke jalan raya terpilih dalam Himpunan Bersih nanti.

SEREMBAN: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) akan menggerakkan semua rangkaian anak muda yang bergabung dengannya untuk turut sama terlibat dalam Himpunan Bersih (Walk for Democracy) bagi menuntut Pilihan Raya di Malaysia dikendalikan dengan bersih dan telus.

Pengerusinya Badrul Hisham Shaharin atau CheguBard berkata, selain dari anggota gabungannya SAMM akan terlibat dalam proses memobilisasi rakyat turun ke jalan raya terpilih dalam perhimpunan Bersih nanti.

Sabtu lalu, Pengerusi Badan Penggerak Mobilisasi Demokrasi PAS dan juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Mohamad Sabu, mengumumkan akan menganjurkan perhimpunan Bersih dengan memobilisasi 100,000 ahli dari parti itu sahaja.

“SAMM mendokong sepenuhnya program tersebut memandangkan sikap regim Umno-Barisan Nasional (BN) yang langsung tidak mempedulikan empat tuntutan Bersih sejak Himpunan Bersih kali pertama November 2007,” kata CheguBard dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurutnya, selain dari empat tuntutan itu, SAMM menambah dua lagi tuntutan menjadikan enam kesemuanya. Tuntutan-tuntutan tersebut ialah:

Dakwat kekal

• Penggunaan dakwat kekal seperti mana yang dilakukan di banyak negara untuk elak pengundian berganda (undi hantu), hanya ada satu alasan tidak melakukan ini iaitu Umno-BN gusar kalah jika tidak melibatkan undi hantu.

• Pemansuhan sistem pengundian pos kecuali untuk para diplomat dan pengundi lain seperti warganegara Malaysia yang bekerja atau menuntut di luar negara.

• Penyemakan semula daftar pemilih yang lengkap demi memastikan segala kesalahan dan ketempangan yang sedia ada dapat dihapuskan dan menyediakan satu daftar pemilih yang benar-benar telus dan meyakinkan.

• Semua parti yang bertanding sepatutnya menerima akses yang sama rata kepada media yang dikawal kerajaan terutamanya TV dan radio. Iklan politik daripada semua parti mestilah diterima tanpa sebarang sikap pilih kasih. Media juga perlu memberi hak menjawab sekiranya terdapat laporan berunsur negatif yang berkaitan dengan seseorang ahli politik atau parti politik.

• Penyalahgunaan institusi kerajaan dalam Pilihan Raya sehingga rakyat tidak dapat menilai antara parti politik dan kerajaan.

• Melanjutkan tempoh kempen Pilihan Raya di peringkat kebangsaan dengan “tempoh yang lebih munasabah” berbanding tempoh lapan hari yang dianggap sebagai terlalu singkat.

Umno-BN pekak, angkuh

Beliau berkata semua tuntutan ini adalah tuntutan munasabah, namun regim Umno-BN seolah-olah pekak, angkuh dan tidak langsung mahu mendengar.

“Tuntutan-tuntutan ini bukan tuntutan baru, ia telah lama berkumandang namun regim Umno-BN terus angkuh. Maka oleh kerana tidak ada jalan lain maka mobilisasi rakyat untuk turun di jalan raya yang dipilih,’ jelasnya.

“ Ini merupakan program aman dan dalam ruang hak rakyat yang dijamin Perlembagaan Persekutuan. Perkara ini dilakukan demi masa depan negara dan menjamin hak demokrasi rakyat.

“Sememangnya pertahan demokrasi hak rakyat merupakan antara teras utama pendirian SAMM,” katanya.

Himpunan kali ini dijangka akan menjadi dua kali ganda lebih besar dari Himpunan Bersih 2007 dan tidak mengambil kira sama ada ahli PKR, DAP dan lain-lain gerakan pertubuhan bukan kerajaan serta kumpulan anak muda.



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/