SharpShooter Followers

Sunday, April 04, 2010

Pakatan Rakyat Kepala Batas buat laporan polis

Pakatan Rakyat Kepala Batas, semalam membuat laporan polis mendakwa Pemuda UMNO Bahagian Kepala Batas adalah dalang di sebalik sepanduk yang menggunakan gambar Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pinang Tunggal, Mohd Akhir Che Mat mewakili PKR ketika mengetuai anggota parti itu membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara, pagi semalam.

Mohd Akhir berkata, sepanduk yang dibuat itu berunsur fitnah untuk mengaburi orang ramai terhadap pemimpin utama PKR itu.

“Perbuatan itu dianggap tidak bertamadun apabila sanggup menggunakan gambar dua pemimpin PKR tanpa mendapat kebenaran mereka.

“Sepatutnya sepanduk itu tidak melibatkan Anwar dan Guan Eng, kerana ceramah itu bukan dihadiri mereka sebaliknya Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim dan Ezam Mohd Noor, yang kini menjadi sekutu mereka,” katanya.

Menurutnya, Pemuda UMNO Bahagian Kepala Batas sengaja meletakkan gambar itu sebagai taktik kotor, seolah-olah mereka berdua adalah penceramah utama sedangkan program itu bukan anjuran PKR.

Dalam laporan itu, Mohd Akhir meminta polis menyiasat tindakan yang dianggap pengecut dengan membelakangkan nilai norma kemasyarakatan.




* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat
(Din Binjai)