SharpShooter Followers

Tuesday, April 06, 2010

Teori keturunan "ANAK BAPAK" selepas teori RAHMAN


Teori RAHMAN sudah jadi kenyataan. Ramalan ahli nujum politik Malaysia memang tepat cuma A itu diramalkan Anwar Ibrahim tetapi akhirnya bukan Anwar tetapi Abdullah anak Badawi menjadi Perdana Menteri ke 5 disebabkan tragedi hitam 98 - isu pemecatan Anwar Ibrahim.

Namun begitu Abdullah atau Pak Lah tidak kekal lama. Kerana Pak Lah adalah satu-satunya Perdana Menteri yang paling lemah pernah dilahirkan di Malaysia.

Pak Lah dikecam hebat bersama menantu hantunya Khairy oleh Dr Mahathir hingga Dr Mahathir terpaksa keluar UMNO sebagai tanda protes.


Sejarah hitam UMNO BN pada PRU 12 hingga menyebabkan buat kali pertama dalam sejarah BN hilang 2/3 majoriti dalam Parlimen.

Selepas itu desakan dalaman umno terlalu kuat hingga Pak Lah terpaksa melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri digantikan dengan Najib bersama suaminya Rosmah.


Hilang Pak Lah hilanglah Islam Hadharinya. Ketika Pak Lah dilantik menjadi PM, beliau terpaksa memperkenalkan Islam Hadhari kerana UMNO hilang sokongan Melayu dalam PRU 11 disebabkan isu Anwar Ibrahim.

Tetapi sayangnya usaha Pak Lah itu dilihat sia-sia disebabkan menantu hantunya Khairy yang dilihat menguasai pentadbiran Pak Lah hingga dikecam teruk oleh UMNO sendiri.

Najib pula terpaksa memperkenalkan 1 Malaysia apabila BN kalah teruk dalam PRU 12 terutamanya pengundi Cina dan India yang berpaling tadah.

Slogan 1 Malaysia diperkenalkan adalah untuk menarik balik pengundi Cina dan India menyokong BN.

Najib dilihat sebagai Perdana Menteri yang penuh dengan misteri terutamanya isu pembunuhan misteri Altantuya yang masih belum selesai.
Najib terpalit dengan karenah suaminya Rosmah yang dilihat begitu "over" dalam banyak hal.

Raja Petra pernah membuat pengakuan bersumpah bahawa Rosmah berada di tempat kejadian sewaktu Altantuya dibunuh.

Rosmah hingga sekarang tidak berani menyaman Raja Petra dan sering mengelak untuk menjawab isu ini bila diasak oleh wartawan. Misteri pembunuhan Altantuya sebenarnya masih belum terungkai sepenuhnya.

Apabila baru setahun jagung Najib menjadi Perdana Menteri, negara digemparkan pula dengan pendedahan Anwar Ibrahim tentang isu APCO, 1 Malaysia 1 Israel.



Rakyat masih menanti apa pula kesudahan isu APCO ini dan saya meramalkan pilhanraya Hulu Selangor adalah pilihanraya yang akan dipenuhi "dengan darah rakyat Palestin". 1 Malaysia 1 Israel.

Rakyat tidak boleh terima kekejaman Israel membunuh dan merogol rakyat Palestin tanpa peri kemanusiaan langsung.

Kenapa Muhyidin dan Zahid Hamidi pada kebelakangan ini dilihat sudah tidak serasi dengan Najib.

Isu enjin jet hilang, kapal selam tidak boleh tenggelam dan isu kebocoran maklumat ini sengaja ditimbulkan oleh Zahid adalah untuk menempelak Najib sebenarnya.

Perkara ini sebenarnya boleh dirahsiakan dari pengetahuan rakyat tetapi kenapa Zahid membongkarnya? Ini jelas menunjukan pertembungan mereka dengan Najib.

Perkara ini juga dihidu oleh Ezam maka sebab itulah Ezam sanggup melutut menyembah Muhyidin kerana beliau tahu Najib tidak mungkin dapat bertahan lama.

Najib sekarang dilihat cuba mengangkat sepupunya Hishamudin sebagai Timbalan PM yang akan datang.

Najib juga sedar teori RAHMAN sudah berakhir dan ia sebenarnya menjadi igauan buruk Najib bahawa beliau mungkin adalah Perdana Menteri Malaysia terakhir yang datangnya dari UMNO.

Sebab itulah Najib cuba mewujudkan Teori keturunan "ANAK BAPAK" pula.




Adakah benar teori keturunan "ANAK BAPAK" ini akan menjadi kenyataan atau ANWAR IBRAHIM akan mencipta sejarah sebagai Perdana Menteri pertama yang datangnya bukan dari UMNO tetapi dari PKR dan Pakatan Rakyat.



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat
(Din Binjai)