SharpShooter Followers

Tuesday, April 06, 2010

Tian Chua hantar notis desak batal APCO



Ahli Parlimen Batu Tian Chua menghantar surat kepada Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia bagi mendesak kerajaan membatalkan perjanjian APCP Worldwide Sdn Bhd.

"Saya mohon mencadangkan bahawa Parlimen Malaysia mendesak kerajaan segera membatal perjanjian APCO Worldwide Sdn Bhd dan menghentikan kerjasama sama sekali kerana ia mengancam keselamatan dan mencabuli kedaulatan negara.

"Penglibatan APCO secara tidak langsung dalam pentadbiran negara Malaysia ataupun penasihat kepada Perdana Menteri akan menggadaikan maruah kepada Zionis,"

"Latar belakang APCO dan Asero Worldwide yang memberikan khidmat kepada Israel mendatangkan kecurigaan kepada orang ramai dengan Asero yang diketuai oleh Doron Bergerbest-Eilon merupakan bekas Ketua Perlindungan dan Keselamatan Israel,"

"Tambahan pula pegawai-pegawai di Asero terdiri daripada bekas pegawai perisikan Israel, bekas Mossad dan Shabak manakala di dalam APCO sendiri terdapat juga tokoh perisikan Israel seperti Ittamar Rabinovich dan Shimon Stein yang boleh mendatangkan ancaman besar kepada keselamatan negara," ," kata Tian dalam notis tersebut.

Tian megemukakan usul tersebut menggunakan di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) dan 18(2) untuk menangguhkan mesyuarat esok bagi membincangkan isu APCO yang menglibatkan keselamatan negara dan mempunyai kepentingan ramai.



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat
(Din Binjai)