Syabas sharpshooter ucapkan pada AMK Kelantan yang bertungkus lumus menjayakan Kongres kali ini.
Gambar-gambar sarapan pagi di Perdana Resort, Pantai Cahaya Bulan sebelum Kongres AMK bermula.
Amirudin Imam Muda Batu Cave, Nik Nazmi Adun Seri Setia dan Saiful Idham Ramli berbincang hala tuju AMK sebelum Kongres. Bincang chai la tu.... :-)
Imam Muda Batu Cave gelak sakan nampak....Apa yang lucu sangat tu...Saiful bermimpi Shamsul Iskandar ke?..Saiful dan Sam bagai irama dan lagu...kalau dipisahkan pincanglah lagu dan rosaklah seni...:-)
Cikgu Faris juga mencelah....Chai mana aku nak ikut...silap chai berkecai aku..."Siapa juga Ketua..aku taat dan akur..." - Cikgu Faris...bijak..bijak...
Amy Search pun hadir kongres ke...peewwiiiittt....? Sebelah Amy Search tu Islam namanya orang harapan Amirudin Imam Muda Batu Cave. Tahun 2007 kempen manager Hasmi...tetapi mana pula hilangnya Hasmi..dah lama tak jumpa...tu pun ada hati nak tanding Ketua AMK Pusat....:-)
Kongres dimulakan dengan wakil Rakyat Palestin menceritakan penderitaan rakyat Palestin. Sedikit sumbangan ikhlas dialu-alukan.
Ketibaan Shamsul Iskandar Ketua AMK Pusat diiringi dengan konvoi motosikal AMK Kelantan dan Kumpulan Dikir Barat Kelantan.
Semua hadirin berdiri nyanyi lagu Negaraku dan lagu Kami Arus Perjuangan..lagu rasmi Parti Keadilan rakyat.
Tun Saban Balek dan Amk Kepala Batas.
Tun Saban Balek dan Amk Kepala Batas.
Sharpshooter sentiasa diapit dan dikepong oleh Imam Muda Batu Cave...maklumlah...jinak-jinak merpati..he..he..
Persembahan Dikir Barat Kelantan memang wajar dipuji walaupun orang luar Kelantan hanya 60% sahaja faham bahasa Kelantan tetapi mesej yang disampaikan dalam Dikir Barat menyentuh jiwa anak muda...
Ucapan Dasar Shamsul Iskandar.
Sidang Media - Shamsul Iskandar Mat Akin menggesa supaya seorang pemuda Malaysia yang dilaporkan sering berbelanja mewah di luar negara disiasat.
Pemuda tersebut, Taek Jho Low sebelum ini mencuri perhatian apabila dilaporkan oleh akhbar New York Post sebagai rakyat Malaysia yang berbelanja ratusan ribu ringgit untuk mendampingi selebriti Hollywood.
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/