SharpShooter Followers

Wednesday, June 02, 2010

Muslimat PAS mengutuk tindakan Israel

Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) mengutuk sekeras-kerasnya serangan kejam dan ganas oleh komando rejim Israel ke atas misi bantuan kemanusiaan Freedom Flotilla yang membawa sejumlah 535 penumpang menuju ke Gaza melalui perairan laut antarabangsa.

Kekejaman regim Israel memang telah diduga. Pihak Israel telah mengadakan beberapa sekatan ke atas mana-mana konvoi yang menghantar bantuan kemanusiaan atau barangan keperluan hidup harian untuk sampai kepada penduduk Gaza melalui jalan darat.

Telah terbukti kekejaman demi kekejaman yang mereka agendakan terhadap kependudukan Palestin dan tidak pernah berhenti. Tekanan ketenteraan, ekonomi dan kemanusiaan oleh rejim Israel ke atas penduduk Palestin telah mendapat simpati dari masyarakat antarabangsa.

Dan jelas mereka menyalahi undang-undang antarabangsa dari segi hak asasi kemanusiaan dan dengan kejadian ini lebih jelas lagi, mereka menyalahi undang-undang maritim perairan antarabangsa, kerana bertindak selaku pengganas di laut antarabangsa.

Tidak terkira jahatnya mereka dan tidak manasabahnya mereka lantas kerajaan Malaysia juga tidak dapat memberi tekanan kepada Israel yang menjadi pakar rujuk kerajaan Malaysia.

Kepada ahli keluarga aktivis Malaysia yang turut serta dalam misi ini, bersabarlah dan ini adalah ujian getir bagi semua umat Islam. Kita masih mampu memohon do'a dan berdo'alah agar Allah memberi kepada konvoi misi bantuan kemanusiaan ini kekuatan azam dan tetap cekal menghadapi saat ini.

Kepada seluruh rakyat Malaysia dan umat Islam seluruhnya, marilah kita bersatu dan berdo'a dengan melakukan solat hajat dan membaca qunut nazilah memohon pertolongan Allah swt. agar menyelamatkan semua sukarelawan yang menyertai LL4G (Lifeline For Gaza) dan menghancurkan Israel.

*Kenyataan media oleh Salbiah Abdul Wahab selaku Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/