SharpShooter Followers

Wednesday, August 04, 2010

UMNO tutup sekolah Agama buka sekolah hamil

Ketua Puteri Umno Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata konsep sekolah khas untuk pelajar hamil yang dicadangkan oleh kerajaan Melaka harus dipertimbangkan untuk dilaksanakan di peringkat kebangsaan.

Beliau berkata remaja seperti ini seharusnya diberi peluang kedua supaya negara tidak kehilangan generasi yang berpotensi untuk menjadi berguna dan menyumbang kepada pembangunan negara nanti.

“Kita harus terbuka kepada hal ini, ada berlaku gejala sosial seperti ini dan salah satu usaha kita dalam memberi ruang kepada mereka, ialah mewujudkan institusi yang tersendiri supaya mereka boleh meneruskan pembelajaran.

“Mereka ini masih boleh kita didik dan berikan pendedahan supaya mereka menjadi satu golongan yang boleh menyumbang kembali kepada negara. Kita seharusnya ambil cadangan Melaka ini dan diadaptasi di peringkat nasional supaya setiap negeri ada sekolah (sedemikian),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis Ihya Ramadan dan penyerahan wang zakat serta penyampaian sumbangan kepada masjid dan surau bagi kawasan Parlimen Papar di sini hari ini.

Ketika ditanya mengenai persepsi negatif beberapa pihak terhadap cadangan penubuhan sekolah itu, Rosnah yang juga Timbalan Menteri Kesihatan, berkata mentaliti bahawa langkah sedemikian menggalakkan aktiviti gejala sosial tidak harus timbul lagi kerana ini merupakan realiti yang berlaku di negara ini dan tindakan sewajarnya harus diambil untuk menangani masalah ini.

“Kita harus menimbang dari segi kejadian pembuangan bayi yang telah berlaku. Apa salah kita guna sekolah ini untuk beri tempat, beri ruang kepada mereka mengadu. Mereka boleh ke sekolah ini untuk menyelamatkan diri daripada terus terjerumus dengan gejala sosial,” katanya. – Bernama

Sharpshooter :- Islam itu amat indah, Allah ciptakan kita, Allah tahu kelebihan dan kelemahan kita sebab itu Allah juga sediakan undang-undang untuk kita tetapi malangnya mereka yang mengaku Islam tidak mahu laksanakan undang-undang Islam.

Berbagai alasan mereka berikan seolah-olah mereka lebih tahu dari apa yang Allah tahu tentang makhluk yang Allah ciptakan. Lebih menyedihkan mereka memperlekeh dan menghina.

Sekolah Agama mahu ditutup tetapi sekolah hamil pula mahu dibuka. Adakah masalah ini akan selesai? jawabnya sudah pasti tidak.

Bayangkan jika cadangan ini datang dari Pakatan Rakyat, sudah pasti umno dan mufti akan jadikan ini satu isu besar. Tetapi bila cadangan ini datangnya dari UMNO maka bisulah tok-tok mufti kita dan ustaz-ustaz kangkong umno.

Siapa yang hapuskan tulisan Jawi? Siapa yang tutup sekolah Agama? Siapa yang hina hukum hudud? Semua tahu jawapannya.

Semoga suatu hari undang-undang Allah akan terlaksana....Takbir..






* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/