SharpShooter Followers

Tuesday, July 07, 2009

Che Det dah mula serang Najib..jeng jeng jeng..

Sabtu 11 Julai 2009 maka genaplah 100 hari Najib jadi PM Malaysia yg ke 6. Najib makin tertekan setelah 1 Malaya tahu Timbalannya Muhyidin disokong kuat oleh Tun Che Det. Dalam isu prk Penanti sebagai contoh, 1 Malaya tahu mereka tak sependapat. Mereka kecewa kerana Najib mati sebelum ajal di Penanti. Sedangkan Tun Che Det mahu BN bertanding. Tentang perlantikan kabinet pun 1 Malaya dah tahu Najib terpaksa terima tekanan Tun Che Det untuk lantik anaknya walaupun kalah. Khairy pula terpaksa akur, nak buat macamana memang macam tu lah Pemuda UMNO. Samseng Kg. Dusun saja.

Hari ini pula dalam mStar Online, Tun Che Det dah mula menyerang Najib. klik <sini> untuk berita lanjut. Tun Che Det tidak setuju dasar liberalisasi yang dibawa oleh Najib. Beliau marah Najib tentang soal DEB. Dulu masa Anwar Ibrahim tentang dasar DEB hangpa kata macam2 dekat Anwar. Pengkhianat la, perosak la, ajen Yahudi, pendek kata "jangan tanya apa depa kata dekat Anwar Ibrahim, tanya apa lagi yang depa tak kata dekat Anwar Ibrahim".

Muhyidin tersengeh saja dekat belakang. Biaq Tun Che Det lipat Najib. Untung-untung lagi cepat aku jadi PM ke 7. Tak gitu?...dalam UMNO memang macam tu lah.."tiada kawan yang kekal, tiada musuh yang kekal"...itulah falsampahnya.


Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/