Liputan negatif media ke atas krisis dalaman Keadilan yang berlaku ketika pemilihan parti itu bulan lalu memberi kesan ketara terhadap keyakinan awam kepada parti itu dan ketua umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata bancian yang dijalankan oleh Universiti Malaya.
Menurut bancian yang dijalankan di Kuala Lumpur dan Selangor itu, 52 peratus daripada 1124 responden berkata konflik dalaman telah menghakis keyakinan terhadap kepimpinan Anwar manakala 49 peratus pula berpendapat mereka kecewa dengan Keadilan
Berikutan trend itu, 43 peratus pula berkata perkembangan tersebut akan mempengaruhi keputusan mereka sama ada untuk mengundi atau tidak Keadilan pada pilihan raya akan datang.
Responden berkenaan disoal oleh Pusat Demokrasi dan Pengajian Pilihan Raya UM (Umcedel) dan dijalankan pada November. Mereka termasuk pengundi di kerusi yang dikuasai oleh Keadilan, termasuk di Ampang, Bandar Tun Razak dan Lembah Pantai.
Daripada jumlah itu, 37.8 peratus menerima maklumat mengenai pemilihan Keadilan daripada akhbar arus perdana dan media elektronik.
Hanya 11.6 peratus bergantung kepada Internet atau portal berita.
Meskipun 41 peratus berpendapat Anwar tidak lagi relevan dalam politik di Malaysia tetapi 43 peratus terus bergantung harapan kepadanya. 16 peratus lagi tidak pasti.
"Apabila ditunjukkan keputusan bancian, Anwar berkata ia bukan sesuatu yang tidak dijangkakan sambil mendakwa kempen memburuk-burukkan dirinya dan Keadilan tidak berkesan,” petik laporan bancian itu.
Sharpshooter - Anwar dan Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat tidak harus pandang ringan dan ambil mudah dengan bancian yang dibuat oleh Universiti Malaya. Jika kenyataan tersebut datangnya dari mulut najib, mat sembab atau khairy dan kuncu-kuncunya, bolehlah ia dianggap sebagai propaganda murahan politik umno b-end.
Ambil iktibar dari apa yang berlaku dalam pemilihan Keadilan 2010, jangan buat pekak dengan segala aduan dan laporan, jangan dibakul sampahkan segala aduan, jangan dilanda sindrom 'NAFI', jangan selalu kata kita akan siasat tapi tunggu siasatan bagai punggok rindukan bulan, jangan asyik kata kita akan siasat tetapi badan siasatan pun tidak ditubuhkan, jangan selalu dibuai mimpi indah ke Putrajaya.
Dalam masa yang sama sharpshooter tidak pernah lupa musuh utama umno b-end dan matlamat menawan Putrajaya tak pernah hilang dari fokus dan akan terus serang umno b-end tetapi dalam masa yang sama juga Keadilan kena siasat seadil-adilnya sesuai dengan nama Parti Keadilan Rakyat.
Jika keadilan tidak dapat diberi kepada ahli Keadilan, apakah mungkin keadilan dapat diberi kepada rakyat?
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Selamat M'sia, dari politik celaru. & hiburan celaru.
-
*1. Malaysia Baharu begitu celaru! 20 Januari 2019*
GUAR CHEMPEDAK - Tindakan beberapa tokoh penting dalam institusi kehakiman
dan guaman termasuk seor...
1 day ago