SharpShooter Followers


Friday, December 03, 2010

Darurat - impian umno dan perkasa

”Ketuanan Melayu” tidak wujud dalam perlembagaan negara, kata pakar sejarah Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim, sebaliknya menyatakan, dalam aspek sejarah, hanya ”Ketuanan Raja” yang termaktub dalam Perlembagaan kerana rakyat perlu taat setia kepada raja.

“Sebelum ini, tidak pernah disebut ”Ketuanan Melayu” dalam masyarakat Melayu. Dalam sejarah hal sebegitu tidak betul. Yang ada dalam Perlembagaan cuma ”Ketuanan Raja” iaitu di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.

“Orang Melayu mendapat hak keistimewaan kerana mereka adalah rakyat raja, kerana itu raja yang penting. Kedudukan orang Melayu memang diberikan pertimbangan khas dan tidak perlu dipersoalkan,” katanya kepada Bernama.

Beliau diminta mengulas kenyataan Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengenai Ketuanan Melayu yang dibangkitkannya ketika menyampaikan ucapan dasar pada Kongres Nasional Tahunan Ketujuh parti itu Ahad lepas.

Dr Wan Azizah meminta konsep itu diganti dengan visi ”bangsa bermaruah” atau ”Melayu bermaruah”.

Khoo berkata istilah Ketuanan Melayu hanya dibangkitkan ahli politik bagi tujuan politik semata-mata, dan beliau melihat ahli politik sekarang sering membangkitkan isu yang boleh mendatangkan konfrontasi antara kaum.

“Ahli politik seharusnya memberi perhatian kepada perkhidmatan mereka kepada rakyat, menolong rakyat. Bukan menggalakkan rakyat untuk bergaduh,” katanya.

Sharpshooter - Jika kita baca kenyataan ketua wanita perkasa dan ketua wira perkasa yang cukup kurang ajar dan biadap, ternyata hasrat yang tersirat adalah untuk menimbulkan isu perkauman terlampau yang ditaja oleh umno untuk menimbulkan ketegangan kaum dan kalau boleh mereka mahu mencetuskan darurat.

Inilah yang tersirat sebenarnya dan hari ini juga mereka adakan demontrasi selepas Jumaat di hadapan istana kayangan kononnya perarakan melayu terbesar Selangor untuk menghantar 30 memorandum kepada kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Teringat kata Khairy...demontrasi bukan budaya kita...berok-berok mana yang keluar dijalanan...berok umno dan perkasa .hahahahahaha..

Kenyataan Tuan Guru Nik Aziz terjawab semuanya jika kita berfikiran waras dan matang serta bukan emosi. Nak tunjuk hero melayu, Ketua Menteri P.Pinang pun hangpa serah pada cina, mana ketuanan melayu?


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/