SharpShooter Followers


Saturday, December 04, 2010

Lampu hijau dari istana

Penyelaras kempen perhimpunan menentang kenaikan harga air, Badrul Amin Bahrom berkata perhimpunan yang akan diadakan di Kuala Lumpur, esok tetap diteruskan kerana wakil Istana Negara telah memberikan lampu hijau bagi pihaknya menerima memorandum berkenaan.

NONELagipun, katanya perhimpunan itu terpaksa diteruskan kerana Umno telah meletakkan 'precedent'.

"Seperti lazimnya, polis akan memberikan amaran dan mendakwa ini perhimpunan haram.

"Tetapi pada masa yang sama, strategi Umno adalah untuk menganjurkan satu lagi demonstrasi.

“Mereka sebegitu serius sehingga mengadakan raptai semalam dan berarak dari masjid Shah Alam ke Istana Selangor. Kira-kira 100 orang yang hadir, termasuk ketua Umno bahagian Shah Alam dan tidak ada seorangpun yang ditahan polis,” kata Badrul Hisham ketika dihubungi.

Beliau percaya polis akan menjadikan alasan demonstrasi oleh kumpulan anti-Pakatan bagi mengagalkan perhimpunan mereka.

"Saya jangka kumpulan itu juga akan mendapat liputan media supaya memberikan persepsi negatif bahawa kami akan bertindak ganas dan akan berlaku pergaduhan.

NONE"10,000 daripada kita akan berjumpa dengan 100 daripada mereka. Jadi jangan risau, marshal kami akan memastikan perhimpunan diadakan secara aman dan mereka akan diberi peluang menghantar memorandum mereka dulu,” katanya yang lebih popular dengan panggilan Chegubard.

Sementara itu, ahli parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid menganggap perhimpunan 'Kembalikan Hak Air Untuk Rakyat' bagi menghantar memorandum kepada Yang di- Pertuan Agong esok sebagai kesinambungan kepada perjuangan rakyat menentang penindasan Umno terhadap rakyat.

"Yang jelas patut dipaparkan kulit yang sebenar, kerajaan negeri telah bertungkus lumus membantu rakyat. Umno terus menekan rakyat dengan mewakilkan kepada SYABAS.

NONE“Dan SYABAS berperanan dalam permainan ini untuk memangsakan rakyat Selangor dan Wilayah. Kerajaan Selangor tidak boleh mengkompromi lagi dan YDP Agong adalah tempat rakyat mengadu." kata beliau di siaran TV Selangor di Shah Alam hari ini.

Perhimpunan di Masjid Negara yang dijadualkan esok itu dijangka akan dihadiri ribuan rakyat berpakaian merah sebagai meluahkan rasa tidak puas hati mereka mengenai cadangan kenaikan tarif air Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS). Ia akan diketuai oleh Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Kerajaan Negeri Selangor sebelum ini menawarkan untuk membeli dan mengambil alih SYABAS dan empat syarikat pengurusan Air lain di negeri ini bagi memastikan perkhidmatan air lebih efisien dan baik.

Seperti biasa PDRM telah menjalankan amalam biasa mereka iaitu memberikan amaran dengan menyatakan perhimpunan yang akan diadakan ialah haram.

Memang sejak beberapa himpunan besar yang lepas Umno telah menggunakan strategi yang baru iaitu menaja himpunan serentak dengan himpunan yang bakal kita adakan. Kali ini himpunan pemuda baju hitam konon akan diadakan serentak. Menggambarkan seriusnya himpunan tersebut maka mereka mengadakan 'raptai' Jumaat lepas di Masjid Shah Alam dan berarak ke Istana Selangor. Seramai 100 orang berarak termasuk Ketua Umno Shah Alam. Polis mengawal dengan baik, tiada tangkapan aau halangan.

Himpunan yang mereka konon akan adakan serentak pula ahad ini untuk membantu polis menambah alasan bagi mengganggu himpunan kita kononya untuk elak kekocohan. Himpunan baju hitam juga dijangka mendapat liputan media agar menakutkan yang nak turun dengan harapan membina persepsi pertempuran akan berlaku dan tak aman.10,000 kita akan bertembung 100 orang baju hitam (pinjam gelak tukar tiub kah kah kah) maka jangan kuatir petugas kita akan beri laluan kepada mereka untuk hantar memo dulu nanti dalam keadaan aman.

Menurut penganjur Istana juga telah memberi lampu hijau bersetuju menerima memorandum tersebut.

Kepada semua di ingatkan :
  1. Jangan gusar datang ramai - ramai dengan keluarga dan kawan - kawan, petugas yang cukup disediakan untuk membantu dalam sebarang kemungkinan.
  2. Peguam yang cukup disediakan oleh Kerajaan Selangor.
  3. Hakim Mahkamah Seksyen KL , Datuk Jagjit Singh yang membebaskan orang kena tangkap (OKT) daripada semua pertuduhan kes perhimpunan Bersih 2007 lalu dengan menyatakan adalah salah polis menahan orang yang berada di kawasan Masjid Negara.
  4. Semua dinasihat datang awal, terus masuk ke masjid negara untuk solat jemaah Zuhor berjemaah dengan pimpinan yang hadir. Nak solat Zuhor tak kan tak boleh juga ??
  5. Untuk elak halangan, simpan baju merah dahulu. Pakai bila tiba di masjid.
  6. Bawa garam, towel kecil, air mineral untuk sebarang kemungkinan.
PDRM diminta bertindak waras, ikut undang - undang bukan arahan regim semata. Semalam (Jumaat) PDRM boleh tunjuk baik iring dan jaga 'raptai' himpunan baju hitam dengan siap lengkap berarak ke Istana maka apa alasan himpunan esok perlu diganggu.

Pimpinan PR di Selangor diwajibkan hadir. Semua jentera negeri wajib hadir. Ahli Majlis kerajaan tempatan, Pengerusi dan JKKK seluruh Selangor juga wajib hadir. Jangan bila nak lobi jawatan bersungguh tapi bila nak bersama MB pertahankan hak takut. Exco dan ADUN sudah pasti wajib hadir.

SAMM dan sekumpulan bloggers akan cuba catat rekod kehadiran. Siapa tak hadir atau hadir dan lari kalau kena tempelak selepas ini mohon maaf dahulu.

Kenaikan '4some' tengah malam tadi juga seharusnya menyemarakkan lagi kesungguhan rakyat untuk hadir.

Esok diharap bukan sahaja pengguna air Selangor dan WP KL sahaja hadir tetapi rakyat keseluruhanya harus hadir. Himpunan esok ialah kuasa rakyat melawan regim.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/